March 16, 2011

Forum Perdana Sambutan Maulidul Rasul 1432H

Kemuncak sambutan maulidul Rasul 1432H gabungan pelbagai persatuan dan pertubuhan di Taman Sri Pulai ialah Forum Perdana yang bertajuk Iktibar dan Pengajaran Maulidul Rasul SAW. Majlis yang bermula jam 9.30 malam 13 Mac 2011 membariskan Ahli Panel Ustaz Mohd Nasri Abdul Rahman daripada Bahagian Pembangunan Keluarga Jabatan Agama Islam Johor, Ustaz Mohd Fairuz Ali Akhbar bekas Pegawai Jabatan Mufti Negeri Johor dan dipengerusikan al-Sheikh Ustaz Hj Fahmi A Samad Kadhi Daerah Kulaijaya.

Sebelum forum bermula, para jemaah dan tetamu yang hadir dijamu dengan makan malam selepas maghrib dan selepas solat isyak En Sabri Ahmad selaku pengacara yang diamanahkan menjemput para jemaah sama-sama membuka majlis dengan berselawat kepada Junjungan SAW. Kemudian Dr Karim Deraman selaku Pengerusi Sambutan yang juga Pemangku Pengerusi MIAB memberikan ucapan alu-aluan dan diikuti dengan acara penyampaian hadiah pelajar cemerlang UPSR dan PMR tahun 2010.

Alhamdulillah, sambutan ahli jemaah setempat amat-amat menggalakkan. Sekitar 1000 orang telah hadir dan terpegun dengan kupasan menarik. Kata mereka, forum dan sambutan yang diadakan menyentuh perasaan dan perlu diteruskan untuk tahun-tahun akan datang. InsyaAllah pihak kami akan berusaha untuk memperbanyakkan inti pati forum berkenaan dalam bentuk CD jika ada ahli jemaah dan qariah yang berminat untuk memilikinya. Hubungilah pihak kami......

 

Penyampaian Hadiah Pelajar Cemerlang UPSR dan PMR

Satu majlis penyampaian hadiah kepada pelajar-pelajar cemerlang qariah Taman Sri Pulai bagi tahun 2010 telah diadakan pada malam 13 Mac 2011. Seramai 10 orang yang mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR dan 11 orang yang mendapat 8A peperiksaan PMR telah disampaikan oleh Al-Sheikh Hj Fahmi A Samad, Tuan Kadhi Daerah Kulaijaya.

Senarai mereka yang berkenaan adalah seperti berikut:

                              UPSR
         NAMA                                                   ALAMAT          PENCAPAIAN
1. Nurhaziqah bt. Saruan                                  19 Pakis 8                 5A
2. Asliza bt. A’zali                                            8 Rotan 4                  5A
3. Noorasyikin bt. Nordin                                16 Batai 8                  5A
4. Nur Hanisah bt. Abd Rahim                         59 Pakis 3                  5A
5. Muhammad Asyraf bin Mohamad Ashari     21 Meranti 6               5A
6. Muhammad Fahmi bin Mohd Azman           34 Meranti 13             5A
7. Muhammad Fahim bin Mohd Azman           34 Meranti 13             5A
8. Mohamad Syahmi bin Abdul Rahman          20 Pakis 20                 5A
9. Abdul Muhaimin bin Karim                          86 Batai 5                   5A
10. Naim Firdaus bin Razali                             41 Meranti 4               5A

                                PMR
         NAMA                                                   ALAMAT          PENCAPAIAN
1. Balqis bt. Fadzil                                           16 Batai 14                9A
2. Fatin Nadia bt. Abdullah                              25 Pakis 10                8A
3. Nadhrah bt. Mohd Hussaini                          20 Batai 5                 8A
4. Afifah bt. Mohd Ashari                                 21 Meranti 6             8A + 1C
5. Muhammad Noorhaffizie bt. Noor Ahmad    3 Rotan 3                  8A
6. Fatimahtul Zahrah bt. Romzi                          9 Batai 10                 8A
7. Afiqah bt. Sazali                                            63 Batai 5                 8A
8. Nur Aina Natalia bt. Ibrahim                         34, Batai 12               9A
9. Hamiza bt. Mohd Radzi                                29 Pakis 2                  8A
10. Mohamad Safwan bin Mohd Saupi             51 Meranti 11            9A
11. Muhamad Zharif Fikri bin Na’am                4, Ara 12                   8A

March 15, 2011

Qariah Taman Sri Pulai Juarai Tilawah Al-Quran Mukim Senai-Kulai

Tahniah diucapkan kepada Hajah Zaliah binti Md Zan dari Jalan Ara 10 Taman Sri Pulai kerana telah menjadi Johan Musabaqah al-Quran yang telah diadakan di Surau As-Solihin Taman Senai Baru pagi 13 Mac 2011 peringkat Mukim Senai-Kulai. Bagi kategori qari, En Mohd Zaki bin Othman daripada Jalan Rotan 8 pula telah mendapat tempat ke-3. Tuan Haji Zailan Penghulu Kanan Daerah Kulaijaya telah menyampaikan hadiah kepada pemenang. Moga-moga kemenangan tersebut merangsangkan jemaah dan ahli qariah MIAB untuk mempelajari dan mendalami bacaan ayat-ayat suci al-quran.






March 13, 2011

Larian 1 Ummah dan Pertandingan Gubahan Sempena Sambutan Maulidul Rasul 1432h

Larian 1 Ummah untuk empat kategori bagi kaum lelaki anjuran MIAB dan pertubuhan di Taman Sri Pulai telah selamat diadakan seawal 7.30 pagi (untuk pendaftaran). Imam Hj Ahmad Kasman telah memimpin doa memohon keselamatan peserta. Kategori remaja (13 hingga 24 tahun) telah melalui laluan sejauh 2.03 km manakala kategori kanak-kanak bawah 12 tahun dan usia emas melalui laluan sejauh 1.09 km. Kategori dewasa 25 - 49 tahun tiada peserta yang mendaftar dan pihak penganjur membuka penyertaan kepada AJK Sambutan Maulidul Rasul 1432 H bagi melalui laluan mengelilingi MIAB. Setiap kategori diperuntukan hadiah pemenang 1 hingga 10 dengan pemenang tempat 1 hingga 3 ditambah dengan hadiah iringan berupa hamper. Penyampaian hadiah telah disampaikan kepada pemenang oleh pengerusi-pengerusi atau wakil pertubuhan-pertubuhan Taman Sri Pulai, antaranya Hj Ibrahim Salikin (Pengerusi KRT Jalan Rotan), Hj Kamarudin Hamat (Pengerusi KRT Jalan Meranti), Cikgu Rashid (wakil Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Sri Pulai) dan Hj Kamaludin @ Yahya bin Arshad (Pengerusi KRT Jalan Ara). Walau pun acara larian tersebut kurang mendapat sambutan, namun ianya telah berjaya menyatukan pelbagai golongan muda, remaja dan dewasa di dalam satu majlis.











Pada sebelah petang pula, pertandingan gubahan dan sirih junjung diadakan untuk kaum wanita. Tiga kategori gubahan ialah gubahan tuala, gubahan sejadah dan gubahan kain pelikat. Pertandingan yang bermula jam 2.30 petang 12 Mac 2011 tersebut mendapat sambutan amat menggalakkan dan berakhir jam 4.30 petang. Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pemangku Pengerusi MIAB.










                                                                                  



March 10, 2011

Pertandingan Azan, Berzanji dan Bacaan Al-Quran

Sempena Sambutan Maulidul Rasul 1432H, Sekolah Agama Taman Sri Pulai telah diamanahkan mengelolakan pertandingan azan, berzanji dan bacaan al-quran bagi kanak-kanak dan remaja qaeyah Taman Sri Pulai. Acara berkenaan telah mula berlangsung 8 Mac 2011 di sekolah agama. Penyampaian hadiah, sebahagiannya dilakukan oleh Pemengku Pengerusi MIAB dan sebahagianya oleh guru besar. 

March 8, 2011

Mesyuarat Maulud 1432H ke-2 Bersama NGO Taman Sri Pulai

Mesyuarat ke-2 Sambutan Mauludul Rasul 1432H bersama dengan beberapa peratuan dan NGO di Taman Sri Pulai telah diadakan di Pejabat MIAB pada 1 Mac 2011 lalu.  Berikut disertakan beberapa gambar yang sempat dirakamkan.....

 




March 7, 2011

Pertandingan Street Soccer

Alhamdulillah sepertimana dirancang pertandingan street soccer bagi kanak-kanak bawah 12 tahun telah selamat disempurnakan pada hari Sabtu 5 Mac 2011. Pertandingan yang dianjurkan bersama dengan KRT Batai semepena Sambutan Maulidul Rasul di MIAB itu telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan.
 
Pertandingan yang melibatkan tujuh orang pemain bagi satu pasukan di jalankan di  tempat letak kereta di hadapan perkarangan MIAB secara liga dalam dua kumpulan. Kumpulan A melibatkan pasukan Johor Tiger FC, Al-Syakiri, Al-Ghadafi, Spatack Zero FC, Soccer Team dan Muslim United manakala Kumpulan B pula melibatkan pasukan Liga FC, Soccer Star, Teratai Junior, Al-Ahly, Hyper FC, Al-Mubaraki dan Al-Zamaliki. Pasukan Al-Syakiri menjadi Johan Kumpulan A manakala Kumpulan B ialah Al-Zamaliki. Naib Johan Kumpulan A ialah Al-Ghadafi dan Kumpulan B ialah Al-Mubariki.

Pada peringkat suku akhir, Kumpulan Al-Mubariki mengalah Kumpulan Al-Syakiri manakala Kumpulan Al-Zamaliki mengalahkan Al-Ghadafi. Daripada dua kumpulan yang kalah tersebut, tempat ke-3 telah dimenangi Kumpulan Al-Syakiri manakala tempat ke-4 jatuh kepada Kumpulan Al-Ghadafi.

Pertandingan akhir beralaku diantara kumpulan Al-Mubariki dan kumpulan Al-Zamaliki, dan Johan pertandingan Sreet Soccer sempena Sambutan maulidul Rasul yang julung-julung kali diadakan ini dimenangi oleh Kumpulan Al-Mubariki dan Naib Johannya jatuh kepada Kumpulan Al-Zamaliki.


Penyampaian hadiah kepada pemenamg telah disempurnakan oleh En Sabri bin Ahmad Pengerusi KRT Jalan Batai.