April 30, 2012

BENGKEL PENUBUHAN KOPERASI UNTUK DAERAH PONTIAN DAN KULAIJAYA

Bengkel tersebut telah diadakan pada 28 April 2012 lalu bertempat di Hotel Pontian. Bengkel anjuran  ANGKASA dengan kerjasama SKM yang berlangsung selama setengah hari itu, telah dihadiri 50 orang peserta yang terdiri daripada pengerusi, setiausaha dan bendahari masjid/surau Daerah Pontian dan Kulaijaya. Dr Karim Deraman (Pengerusi masjid merangkap Pengerusi Koperasi Masjid Intan Abu Bakar Johor Berhad), Hj Nordin Mahbob (Timbalan Pengerusi koperasi masjid) dan Hj Nor'ain Mastuki (Bendahari koperasi masjid) telah mewakili Masjid Intan Abu Bakar Taman Sri Pulai.

Sebanyak tiga kertas kerja telah dibentangkan. Kertas kerja pertama dibentangkan oleh En Ahmad Marzuki Ismail, Pegawai Pendidikan, ANGKASA bertajuk Halatuju Koperasi Kariah Masjid, kedua oleh Hj Kamin Jumari, Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi Kanan SKM Batu Pahat bertajuk Panduan Penubuhan dan Pendaftaran Koperasi dan ketiganya oleh Hj Mohd Yusuf Hasan, Pengerusi Masjid Taman Perling Johor Bahru Berhad bertajuk Pengalaman Langsung Koperasi Masjid Perling Johor Bahru Berhad.

Pengacara majlis

Peserta Koperasi MIAB

En Ahmad Marzuki Ismail

Hj Kamin Jumari

Hj Mohd Yusuf Hasan, Pengerusi Masjid Perling Johor Bahru Berhad

Majlis Penutupan Bengkel Penubuhan Koperasi Kariah Masjid
Negeri Johor (bagi Daerah Pontian dan Kulaijaya)

April 10, 2012

TAKLIMAT TABUNG PEMBANGUNAN MASJID DAN AMAL JARIAH JOHOR

Taklimat tersebut telah diadakan pada ....... di Masjid Al-Rahman Taman Putri Kulai. Hj Ahmad bin Imbar dan Hj Mohd Tahir Abdullah telah mewakili Masjid Intan Abu Bakar Taman Sri Pulai ke taklimat berkenaan.

Dalam taklimat tersebut, setiap masjid seluruh Johor diminta untuk membantu Kerajaan Johor dengan menyumbang sumbangan kewangan untuk membina atau menanggung pembiyaan pembangunan masjid/surau di Johor. Untuk itu satu Tabung Pembangunan Masjid dan Amal Jariah Johor telah ditubuhkan. Individu yang berminat untuk membuat potongan gaji boleh berbuat demikian dengan mengisikan Borang Kebenaran Membuat Potongan Gaji Jabatan Agama Johor

April 6, 2012

SEMINAR PENUBUHAN KOPERASI KARIAH MASJID NEGERI JOHOR

Alhamdulillah, Koperasi Masjid Intan Abu Bakar Johor Bahru Berhad telah dijemput hadir ke seminar tersebut di Dewan Banquet, Sangkar Kristal Pelangi Golf Driving Range pada 4 April 2012 bermula jam 8.00 pagi hingga tengahari.

Seramai tiga orang yang terdiri daripada Hj Nordin bin Mahbob Timbalan Pengerusi Koperasi, Hj Kamarzaman bin Salikun Setiausaha Koperasi dan Hj Ahmad Imbar Anggota Lembaga Koperasi (ALK) telah menghadiri seminar yang dianjurkan secara bersama Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Jabatan Agama Islam Johor dan Perhubungan ANGKASA (Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad) Negeri Johor.

Berbagai info telah dibentangkan. Fokus utama seminar adalah kepada perlunya masjid menubuhkan sebuah koperasi, peranan yang boleh dimainkan oleh koperasi masjid dan seterusnya kepada peluang-peluang serta peranan ANGKASA untuk membantu koperasi masjid supaya berdaya maju.

April 5, 2012

DUA RAKAN MUDA MIAB SERTAI TILAWAH QURAN PERINGKAT DAERAH

Tahniah diucapkan kepada dua orang Rakan Muda MIAB kerana telah berjaya dalam tilawah quran peringkat daerah minggu lepas. Adik Sumardin Pratama (tiga dari kiri) johan Daerah Johor Bahru untuk kategori sekolah menengah manakala adik Abdul Qayyum bin Karim (pertama dari kiri) untuk kategori sekolah kebangsaan pula memperolehi tempat ketiga Daerah Kulaijaya.
 


Sementara itu, adik Abdul Qayyum juga telah mendapat tempat kedua tilawah quran tahap dua Zon 1 kategori sekolah agama Daerah Kulaijaya dan akan ke tilawah peringkat Daerah Kulaijaya pada 26 April 2012 nanti...

Sama-sama kita doakan untuk kejayaan mereka...