December 28, 2012

SUMBANGAN ANAK YATIM 2012

Sumbangan untuk anak-anak yatim bagi kariah MIAB yang meliputi sama Tasman Teratai, Taman Pulaui Jaya 1 & 2, Taman Pulai Emas dan Bandar Baru Kangkar Pulai  telah diadakan pada 27 Disember 2012 yang lalu.Pihak MIAB telah menjemput Hj Zaihan Abdul Majid Penghulu Kanan Daerah Kulaijaya. Turut sama hadir ialah Hj Hasan Mohamad, Penyelaras Masjid/Surau Daerah Kulaijaya dan Encik Abas Ketua Kampung Rangkaian Ulu Choh.










December 5, 2012

CERAMAH MENGENAI PALESTIN

Pada 4 Disember lalu, satu ceramah mengenai keadaan semasa Palestin telah disampaikan oleh Ustaz Ridzuan Mohd Nor, wakil Muslim Care yang baru pulang dari Ghaza. Kuliah tersebut telah menggantikan kuliah maghrib Ustaz Abdul Hafiiz bin Mansor.

http://www.youtube.com/watch?v=rDu8SU0iLVg&feature=share






Sempena ceramah tersebut, orang ramai telah menyumbangkan wang yang disalurkan kepada rakyat Palestin. MIAB juga tidak ketinggalan menyumbangkan rumbangan RM2000.00 untuk tujuan tersebut.