June 17, 2013

JUALAN KURMA SEMPENA KARIVAL SUKAN KRT-KRT TAMAN SRI PULAI 2013

Karnival sukan KRT-KRT Taman Sri Pulai telah diadakan pada 16 Jun 2013 yang lalu betempat di Padang Bola TSP. Program yang diadakan dua tahu sekali itu telah dirasmikan YB Dr Zaini Abu Bakar.

Sempena karnival berkenaan, Koperasi kariah MIAB telah mengadakan juaalan kurmanya dan telah mendapat sambutan yang hebat apabila pelbagai potongan harga disediakan.



June 11, 2013

GOTONG ROYONG PERDANA 2013

Alhamdulillah, Biro Keceriaan dan Kebersihana MIAB telah mengadakan gotong royong membersih dan mengindahkan kawasan/persekitaran MIAB pada 9 Jun 2013 yang lalu.

Pelbagai pihak baik dewasa, remaja mahu pun kanak-kanak telah mengambil bahagian. Bagi pihak MIAB saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah mengambil bahagian dalam program tersebut. Moga-moga sumbangan bakti yang telah diberikan dinilai Allah sebagai amal jariah yang akan kita perolehi di akhirat nanti, Amin....


















June 10, 2013

Kuliah Subuh Ust Rashidy Jamil

Ustaz Rashidi Jamil daripada JAKIM telah menyampaikan kuliah subuhnya pada 9 Jun 2013 di MIAB.




June 8, 2013

JUALAN KURMA KOPERASI MIAB

Alhamdulillah, Koperasi Kariah Masjid Intan Abu Bakar Johor Bahru Berhad telah mengorak langkah melaksanakan aktiviti ekonominya dengan memulakan jualan kurma pada Jumaat 7 Jun 2013 sebelum dan sesudah solat Jumaat. Pelbagai roduk kurma jenama Saudagar Kurma (SAUDAGARKURMA.COM) seperti Kurma Tangkai (Farah 300g), Kurma Salim, Kurma Salimah, Kurma Kalahari (Yusuf Taiyoob) dan lain-lain lagi.

Air zamzam dan air minuman bacaan yasin daripada masjid MIAB juga sedia untuk dimiliki.

 Orang kuat koperasi, Hj Nordin Mahboob sedang melayan pengunjung ke gerai kurma pada hari pertama koperasi memulakan aktiviti ekonominya.

Ahmad Fairoz antara AJK MIAByang turut membantu

June 3, 2013

KURSUS SIMENFERO BAHAGIAN 1

Alhamdulillalh, dengan kerjasa MIAB dan KRT Jalan Batai, kusus tersebut telah berlangsung mulai jam 9.00 pagi hingga 11.30 pagi pada 2 Jun 2013. Kursus tersebut telah dikendaliklan En daripada Pusat Kemahiran Belia daerah Pontian.