April 13, 2015

KUNJUNGAN YB DR ZAINI ABU BAKAR KE MIAB

Pada hari Jumaat 10 April 2015 pula ADUN Nusajaya YB Dr Zaini bin Abu Bakar telah singgah bersembahyang Jumaat di MIAB. Beliau bersama pembantunya telah bertanya khabar tentang keadaan semasa MIAB dan perkembangan pembinaan masjid baru.

Di akhir lawatan, beliau dan rombongannya telah makan tengahari digerai KRT Jalan Batai depan perkarangan sekolah Agama Taman Sri Pulai.





April 6, 2015

MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA KETUA WHIP MPJBAT

Pada pagi Sabtu 4 April 2015 lalu selepas solat subuh telah diadakan satu majlis ramah mesra bersama Ahli Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah. Tuan Haji Samad Atan selaku Ketua Whip dan Tn Hj farid telah sudi datang dalam majlis tersebut.

Kuliahn subuh pada pagi tersebut disampaikan Prof Madya Dr Arief Salleh bin Rusman daripada Pusat Fiqh Fatwa Sains dan Teknologi UTM. Di akhir majlis, Prof Madya Dr Arief Salleh dan Tn Hj samad Atan telah sudi menyampaikan sumbangan kepada fakir miskin.