July 31, 2016

JAMUAN HARIRAYA PENDUDUK TAMAN SRI PULAI

Seperti mana tahun2 sebelumnya, jamuan hari raya peringkat Taman Sri Pulai telah diadakan pada 30 Julai 2016 bertempat di Padang Permainan Jalan Meranti. KRT Jalan Pakis A telah menjadi pengerusi sambutan dengan sokongan semua KRT di Taman Sri Pulai, Masjid Intan Abu Bakar dan beberapa NGO lain. Ahli Majlis MPJBT, Hj Mohd Farid bin Naim telah menyempurnakan majlis berkenaan.



July 9, 2016

MAJLIS BERBUKA PUASA PERDANA, PENYAMPAIAN SUMBANGAN DUIT KEPADA FAKIR MISKIN, ANAK YATIM DAN MAJLIS KHATAM QURAN

Berbagai aktiviti berlangsung d MIAB sepanjang bulan ramadhan yang baru berlalu. Setiap hari MIAB menyediakan juadah berbuka puasa dan tahlil ramadhan sebelum majlis berbuka puasa. Pada sebelah malamnya, selepas solat terawih dan witir, baberapa kumpulan ahli kariah yang terdiri daripada kanak-kanak (remaja), orang lelaki dan wanita dewasa telah menjayakan majlis tadarus quran. Setiap hari sabtu pula, MIAB ada menyediakan dua periok bubur lambuk.

Selain majlis harian tersebut, pada 25 Ramadhan 1437 bersamaan 1 Julai 2016, MIAB telah mengadakan majlis penyampaian sumabangan kepada fakir/miskin dan anak yatim (sebelum berbuka puasa), majlis berbuka puasa perdana dan majlis khatam quran selepas solat terawih/witir.









July 5, 2016

KHIDMAT IMAM HAFIZ SEPANJANG RAMADHAN 1437H @ 2016

Seperti mana biasa, MIAB telah mendapat khidmat imam tahfiz untuk mengendalikan solat tarawih sepanjang ramadhan pada tahun 1437 H / 2016M. Mereka ialah Abdul Qayyum bin Karim, Abdul Muhaimain bin Karim, Abdul Halim bin Karim dan Dr Md Hamzaini Azrol bin Md Baharudin.