February 24, 2014

kuliah Subuh Ustaz Mohd Zamri Zainuddin

Alhamdulillah, ustaz program Mari Mengaji TV9 suatu masa dulu, Ustaz Mohd Zamri Zainuddin telah menyampaikan kuliah subuh di MIAB pada 22 Februari 2014 lalu.



Dalam kuliahnya, beliau telah menyentuh betapa pentingnya ILMU kepada umat Islam.

February 22, 2014

Sdr Imad dari Syria Berkunjung ke MIAB

Pada hari Jumaat selepas solat Asar 21 Februari 2014, sdr Imad daripada Syria telah memberikan ceramah isu semasa tentang pembunuhan umat islam sunni oleh puak syiah pimpinan Basar Asad. Mereka telah di bunuh dengan kejam dan telah memusnah hampir 500 buah masjid di sana. Katanya, ulama syiah mengeluarkan fatwa bahawa sesiapa yang dapat membunuh umat Islam sunni, meraka akan masuk syurga.

Hingga kini mereka hidup dalam keadaan yang penuh sengsara dan beratus-ratus ribu umat Islam Syria telah menjadi pelarian di Jordan dan lain-lain negara2 Arab.

Di akhir ceramahnya, beliau telah memohon jasa baik saudara seIslam di sini untuk  membantu umat islam di sana.



February 21, 2014

Kuliah Subuh Ust Shahrizan Daud at-Turab

Ust Shahrizan Daud at-Turab telah singgah ke MIAB pada 21 Februari 2014 dan telah menyampaikan Kuliah Subuhnya. Beliau telah menjelaskan tentang DOA.




Katanya, mengapa doa kita tidak dimakbulkan serta merta apabila kita berdoa, Beliau menjelaskan doa yang dimohon orang yang beriman bukan ditolak sebenar-benarnya tetapi permintaannya diberi masa lain, mungkin dalam bentuk lain dan dimasa lain.

Ini kerana pemberian dan perkenan Allah itu kepada hambanya, HANYASANYA Allah saja yang tahu. Allah maha tahu segala-galanya. Mana tahu jika dimakbulkan menyebabkan hambanya jadi sombong, jadi riak, akan menyebabkan fitnah yang lebih besar dan sebagainya.

Sebagai insan, tidak seharusnya kita MEMERINTAH Allah supaya kabulkan doa dan-dan itu juga. Katanya, kita ken belajar REDHA dengan apa yang Allah tentukan. Mungkin dengan tidak jadi apa yang kita minta itu, boleh menyebabkan kita terhindar daripada musibah atau bala yang hendak di uji kepada orang lain..

Persoalan juga ditimbulkan, apakah ada doa yang tidak dikabulkan? Katatanya, memang ada doa yang tidak dikabulkan kerana kita tidak betul-betul menjiwai apa kandungan yang kita minta. Selalunya doa-doa itu dalam bahasa Arab dan tidak difahami dan menjiwai maknanya.

Sebagai contoh, katanya, kita selalu berdoa minta sihat dan afiat dalam doa ketika duduk antara dua sujud tapi mengapa banyak antara kita yang ditimpa penyakit itu, penyakit ini dan penyakit anu. Berapa ramai orang yang tahu khaifiat doa ini...

Renung-renungkan...

February 17, 2014

Hadiri Program Pejabat Agama Daerah Kulaijaya

Beberapa orang AJK masjid telah menghadiri program yang dianjurkan oleh Pejabat Agama Daerah Kulaijaya.

Pada 2 Februari, Hj Kamarudin dan Hj Ahmad Kasman telah mengikuti Muttaqa Imam dan Ahli jaeatan Kuasa Masjid di Politeknik Pasir Gudang.

Manakala sdr Naam, Hj Nurain dan Hj Nordin telah mengikuti Taklimat Pengurusan Masjid di Masjid Kg Melayu Kulai pada 15 Februari 2013. Dua buah kertas kerja telah dibentangkan oleh Ust Mohd Faizal bin Mohamad Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid/Surau dan Ust Mohamad Mustafa Ketua Penolong Pengarah Bahagian Zakat, Wakaf dan Baitulmal Jabatan Agama Johor.

February 7, 2014

Jadual Kuliah Berubah

Mulai tahun 2014, beberapa jadual kuliah maghrib mengalami perubahan. Kuliah tafsir Ust Mohd Rifqi Myiddin berubah daripada Rabu malam Khamis kepada hari Isin malam selasa, kuliah hadis Ust Syafiq berubah daripada Selasa malam Rabu kepada Ahad malam isnin minggu pertama dan minggu ketiga, kelas tajwid ust Khuzairi berubah Jumaat malam Sabtu kepada Ahad malam isnin minggu kedua dan keempat manakala kuliah Us Syed Abdul Qadir pula berubah daripada isnin malam selasa kepada jumaat malam sabtu.

Jadual kuliah baru (mulai tahun 2014):

Jumaat: Kuliah Subuh (Ust Jemputan), Maghrib (Hadis Ust Syed Abdul Qadir)
Sabtu: Kuliah Subuh (Ust Jemputan), Kuliah Dhuha (Wanita), Kuliah Maghrib (kulaih Feqah Ust Syed Nasir)
Ahad: Kuliah Maghrib (Hadis Ust Syafiq minggu pertama dan ke-3, Tajwid Ust Khudairi minggu k2 dan ke-4)
Isnin; Kuliah Maghrib/Tafsir Ust Mohd Rifqi
Selasa: Kosong
Rabu: Kosong
Khamis: Bacaan Yasin/Tahlil