Terbaru kami telah mengelolakan program aqiqah anak En Yusof Jalan Batai 13 (21 November 2010), cucu Tn Hj Md Said Roslan Jalan Batai 3 (27 November 2010), anak saudara Nazri Jalan Batai 12 dan yang terkini mentahnik cucu Pn Saumi 20 Jalan Batai 12 (7 Disember 2010).
Acara mentahnikkan Abu Bakar Siddiq, cucu Puan Saumi
![]() |
Pengerusi MIAB, Dr Karim sedang menyuapkan buah tamar yang dikunyah lumat kemulut bayi |
Air zamzam, air yang penuh barakat disuapkan
Acara Mencukur Kepala:
Imam Ismail al-Hafiz memulakan dengan menggunting sebahagian rambut
Diikuti Imam Hj Ahmad dan Hj Mohd Noh
Dr Karim sedang mencukur keseluruhan rambut Abu Bakar Siddiq
Mudah-mudahan dengan adanya aktiviti ini, ahli kariah Taman Sri Pulai atau sesiapa saja yang melayari blog ini akan sama-sama melaksanakan satu sunnah yang telah dilakukan Rasulullah SAW.
Tuan/puan yang berhajat untuk untuk tujuan di atas, bolehlah berhubungan dengan Dr Karim Deraman (019-9135283) atau Imam Hj Ahmad.
No comments:
Post a Comment