Majlis yang bermula jam 8.30 pagi hingga solat zohor tersebut telah membincangkan dua kertas kerja. Kertsa kerja pertama berkaitan Tatacara Permohonan Kebenaran Pungutan Derma Masjid/Surau oleh Ustaz Hj Mohd Noh bin Kadri, Kadi Daerah Johor Bahru manakala kertas kerja kedua pula bertajuk Senarai Tugas dan Tanggungjawab Serta Panduan Aktiviti Biro-Biro Jawatankuasa Masjid dan Surau oleh Al-Sheikh Hj Fahmi A Samad, Kadi Daerah Kulaijaya.
Diakhir taklimat, para peserta telah dipecahkan kepada dua kumpulan untuk membuat rumusan ke atas kertas kerja yang dibincangkan dengan Kumpulan A merumuskan kertas kerja pertama dan Kumpulan B kertas kerja kedua. Dr Karim Deraman, Hj Ahmad Imbar dan Hj Mohd Tahir diletakkan dalam Kumpulan A manakala En Naam Parlan dan Hj Kamarzaman Salikun pula diletakkan dalam Kumpulan B.
Bertemu rakan lama, Hj Shaari bin Chin Bilal Masjid Lapangan Terbang Senai