November 15, 2011

MIAB beri sumbangan untuk anak yatim di Kemboja

Pengerusi Biro Rakan Muda Masjid Intan Abu Bakar (MIAB) Sabri Ahmad telah menyampaikan sumbangan wang tunai sebanyak RM1,000 kepada empat keluarga anak yatim di rumah terapung di Tasik Tonle Sap di Kampung Chhnang, Kemboja sempena hari raya Qurban 1432 Hijrah. Sumbangan berkenaan adalah hasil kutipan yang didermakan oleh orang ramai untuk tabung anak-anak yatim MIAB.

Keluarga yang menerima bantuan ialah Nyor, 40 tahun yang terpaksa menyara tiga anak, dua lelaki dan seorang perempuan yang masih kecil selepas kematian suami. Beliau yang tinggal di rumah rakit yang sangat daif berhampiran masjid terapung menerima sumbangan sebanyak USD100. Masjid berkenaan turut menerima sumbangan sejadah dan surah Yasin dari MIAB yang disampaikan melalui pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Keluarga kedua, Norzani, 40 tahun yang mempunyai empat orang anak juga menerima sumbangan wang tunai sebanyak USD100. Norzani adalah seorang balu yang mengalami nasib yang sama seperti Rim tinggal di rumah rakit yang serba uzur, berdindingkan nipah dan plastik serta berlantaikan buluh/papan yang hampir reput.

Keluarga ketiga Rim, 55 tahun menerima sumbangan sebanyak USD50 menyara seorang anak yang masih bersekolah. Seorang anaknya telah bekerja dan seorang lagi telah berkahwin.

Keluarga keempat, Halimah, 49 tahun menerima sumbangan wang tunai USD60 tinggal bersama empat orang anak yang berumur antara 10 dan 26 tahun. Seorang anaknya telah meninggal dunia.








 

 

  



No comments:

Post a Comment