February 28, 2011

TAZKIRAH: 12 GOLONGAN BANGKIT DARI KUBUR


 Firman Allah swt dalam surah al-Naba ayat 18:

Ertinya: "Yaitu hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok."

Adalah diriwayatkan bahawa ayat yang tersebut di atas pernah ditanyakan oleh Saidina Muaz bin Jabal kepada Rasulullah SAW. Katanya, "Ya Rasulullah, apa maksudnya ayat ini?" Maka Rasulullah SAW menangis sebelum menjawab soalan tersebut kerana inilah yang selalu dibimbangkan oleh baginda. Lalu baginda menjawab: "Ya Muaz, umatku kelak apabila bangkit dari kubur akan menjadi 12 golongan. Sebelas golongan akan memasuki neraka dan hanya satu golongan sahaja yang akan memasuki syurga. Sebelas golongan itu adalah:-

1. Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan. Ini adalah kerana mereka suka menyakiti hati jiran tetangga.

2. Mereka yang menyerupai babi. Ini adalah balasan bagi orang yang suka melengah-lengahkan solat lima waktu.

3. Mereka yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi dengan ular dan kala. Inilah balasan bagi mereka yang enggan mengeluarkan zakat.

4. Mereka yang keluar darah dari mulutnya. Inilah balasan mereka yang berdusta.

5. Mereka yang berbau busuk seluruh badannya. Ini adalah balasan mereka yang mengaut keuntungan dalam jual beli atas penipuan.

6. Mereka yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahu. Ini adalah balasan mereka yang menyaksikan maksiat atau perbuatan jahat.

7. Mereka yang keluar dengan tidak berlidah dan keluar nanah dan darah dari mulut. Ini balasan mereka yang tidak mahu menyaksikan kebenaran.

8. Mereka yang keluar dalam keadaan terbalik iaitu kepala dibawah dan kakinya keatas. Ini adalah balasan mereka yang berzina serta mati sebelum bertaubat.

9. Mereka yang berwajah hitam, bermata biru dan perutnya penuh api. Ini balasan mereka yang memakan harta anak yatim secara zalim.

10. Mereka yang kulitnya penuh kudis dan penyakit2 lain yang menjijikan. Ini adalah balasan mereka yang berani melawan kedua ibu bapanya.

11. Meraka yang buta matanya dan hatinya, giginya seperti tanduk, bibirnya berjuntai hingga keperut, dari perut dan pehanya keluar kotoran. Ini adalah balasan mereka minum minuman keras.

Dan satu golongan yang masuk ke syurga ialah:

12. Mereka yang wajahnya bagaikan bulan purnama, berjalan di atas titian Mustaqim laksana kilat. Ini balasan orang yang beramal soleh dan menjauhi maksiat serta mendirikan solat lima waktu dan mati dalam keadaan bertaubat."

Oleh itu marilah kita muhasabahkan diri kita, dalam golongan mana sebenarnya kita berada. Moga-moga kita berada dalam golongan orang yang dibangkitkan dengan wajah bulan purnama sepertimana golongan ke-12, InsyaAllah.

February 26, 2011

Musabaqah Al-Quran dan Pertandingan Berzanji

Musabaqah al-Quran dan b[Pertandingan Berzanji peringkat Mukim Senai Kulai akan diadakan di Surau as-Solihin Taman Senai Baru pada 13 Mac 2010 sempena sambutan Maulidul Rasul surau berkenaan. Masjid kita adalah salah sebuah masjid yang terletak dalam Mukim Senai Kunai dengan Penggerak Masjidnya ialah Tuan Hj Hasan Mohamad Tel 019-2629132. Oleh yang demikian, tuan/puan ahli kariah MIAB dipersilakan untuk menyertai pertandingan tersebut.

Pertandingan adalah terbuka kepada lelaki dan wanita Warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas.

Mesyuarat Perujian Musabaqah al-Quran dan Berzanji

Dr Karim Deraman dan Hj Kamarudin Hamat telah menghadiri mesyuarat penyelarasan Musabaqah al-Quran dan Pertandingan Berzanji Mukim Senai-Kulai yang trelah diadakan pada 24 Februari 2011 lalu jam 9.00 malam di Surau as-Solihin Taman Senai Baru. Mesyuarat yang dipengerusikan Hj Ruzhan Penghulu Kanan Kulaijaya dan setiausahanya Hj Hasan Mohamad Penggerak Masjid Mukim Senai-Kulai itu berakhir sekitar 10.30 malam.

Antara lain, keputusan mesyuarat tersebut adalah:
1. Tempat pertandingan: Surau as-Solihin Taman Senai Baru
2. Tarikh: 13 Mac 2010
3. Pendaftaran dan Undian Ayat Al-Quran/rawi berzanji bermula jam 7.30 pagi
4. Setiap masjid dalam Mukim Senai Kulai diminta menyumbang minimum RM300.00
5. Ketua Kampung diminta mengutip duit sumbangan tersebut bagi masjid di bawah jagaan mereka.
6. Penyertaan terbuka kepada Warganegara Malaysia (lelaki dan perempuan) yang tinggal dalam Mukim Senai-Kulai yang berumur 18 tahun ke atas adalah layak menyertai pertandingan.
7. Lain-lain syarat pertandingan boleh dirujuk kepada Hj Hasan melalui talian 019-2629132

February 20, 2011

Sambutan Maulidul Rasul 1432H

Tentatif program Maulud 1432 H/ 2011 M
Tarikh
Aktiviti
Catatan
5/3/11 (Sabtu)
7.30 pagi
Pertandingan Street Soccer 7 sebelah

Tempat: parking Lot depan MIAB
Kanak-kanak 12 th ke bawah

Sebarang pertanyaan hubungi En Sabri (012-7133844) dan En Masek (013-7992492)
6/3/11 (Ahad)
7.30 pagi
Pertandingan Berzanji (L & P)
Pertandingan Khat (L & P)
Pertandingan Hafazan al-Quran (L & P)
Pertandingan Azan (L sahaja)

Tempat: Sekolah Agama Tmn Sri Pulai
Kanak-kanak Tahap 1 & 2
Kanak-kanak Tahap 1 & 2
Kanak-kanak Tahap 1 & 2
Kanak-kanak Tahap 2

Sebarang pertanyaan hubungi Guru Besar Sek Agama TSP, Ustz Saayah (013-7778480)
12/3/11 (Sabtu)
7.30 pagi
Larian

Tempat: Laluan sekitar Taman Sri Pulai

Dewasa (Lelaki: (40 tahun ke atas)
Dewasa (Lelaki: 25 hingga 39 tahun)
Remaja  (Lelaki: 13 hingga 24 tahun).

Sebarang pertanyaan hubungi En Sabri (012-7133844) dan En Masek (013-7992492)
12/3/11 (Sabtu)
8.00 pagi

Pertandingan Gubahan

Tempat: Perkarangan MIAB

Dewasa (L & P)

Sebarang pertanyaan hubungi Hjh Rabeah hj Hashim 07-5272040
13/3/11
(Ahad)
8.00 pagi

7.15 mlm

7.45 mlm

8.30 mlm

9.00 mlm





9.45 mlm



Persiapan masak-memasak

Solat Maghrib

Jamuan makan

Solat Isyak

Selawat
Ucapan alu-aluan Pengerusi MIAB
Penyampaian Hadiah Pertandingan/Pelajar Cemerlang
Persembahan Nashid

Forum Perdana
Tajuk: Iktibar dari Peristiwa Maulidul Rasul




Gotong royong sembelih lembu dan masak-memasak hingga selesai













Pengerusi Forum:
       -          Al-Sheikh Hj Fahmi A Samad
        Kadhi Daerah Kulaijaya
Ahli Panel:
       -          Ust Hj Mohd Nasri Abdul Rahman,    Penolong Pengarah, Bahagian Pembangunan Keluarga, JAJ
       -          Ust Hj Mohd Fairuiz Ali Akhbar
Bekas Pegawai Jabatan Mufti Johor

Pihak kami amat berbesar hati jika ada tuan/puan yang sudi menghulurkan kewangan untuk sambutan tersebut.

February 16, 2011

Betapa Pentingnya Solat Subuh dan Isyak Berjemaah

S
OLAT Subuh hanya dua rakaat tetapi fadhilat dan ganjaran pahalanya amat besar. Bagaimanapun, kita dapati dalam zaman mutakhir ini, ramai umat Islam sangat berat untuk bangun melaksanakan solat Subuh. Mengantuk, penat dan malas antara alasan yang sering diberikan. Sebenarnya, perintah melaksanakan solat Subuh sangat ditekankan seperti ditegaskan Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tiada solat yang paling berat bagi orang munafik adalah Isyak dan Subuh. Seandainya mereka mengetahui pahala di sebalik solat Isyak dan Subuh dengan berjemaah, tentu mereka akan mendatanginya sekalipun dengan merangkak.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Ini pernyataan cukup jelas kepada umat Islam supaya mengerjakan solat Isyak dan Subuh secara berjemaah. Dilema generasi sekarang mahu bangun mengerjakan solat Subuh di rumah pun amat berat, apatah lagi jika diajak berjemaah di masjid. Rasulullah SAW juga ada mengatakan solat berjemaah bagi solat Subuh dan Isyak diberi ganjaran pahala 27 kali ganda berbanding solat bersendirian. Namun, dalam situasi semasa yang kebanyakan manusia begitu sibuk mencari kemewahan duniawi, kesedaran untuk bersolat secara jemaah semakin hambar. Masjid hanya akan penuh ketika solat Jumaat atau solat Aidilfitri dan Aidiladha. Bagaimana pada waktu Subuh dan Isyak? Adalah dua atau tiga saf, kebanyakannya terdiri daripada warga emas. Di mana anak-anak muda kita? Masih berselimut jawapannya!
Berikut dipaparkan sebuah kisah yang menggambarkan mukmin yang begitu menjaga solat berjemaah dan kisah ini seharusnya menjadi pengajaran buat kita semua.
Diriwayatkan bahawa Ubaidillah bin Umar Al-Qawariri, iaitu guru kepada Imam Bukhari, Imam Muslim dan Abu Daud menceritakan yang dia tidak pernah meninggalkan solat Isyak berjemaah. Katanya lagi: “Ditakdirkan Allah, pada suatu malam aku didatangi tetamu sehingga membuatku terlewat untuk menunaikan solat Isyak berjemaah di masjid. Sesudah tamuku pulang, aku bergegas ke masjid di sekitar Basrah untuk meninjau kalau-kalau ada yang belum mengerjakan solat Isyak berjemaah. Namun, aku kecewa kerana semuanya telah selesai mengerjakannya, malah pintu masjid pun sudah berkunci. “Lantas aku pun pulang dengan perasaan hampa sambil dalam perjalanan pulang aku teringat satu peringatan Rasulullah yang berbunyi: “Sesungguhnya solat berjemaah itu 27 kali ganda darjatnya jika dibandingkan dengan solat seorang diri.” Kemudian sambung beliau lagi: “Sesampai di rumah, aku mendirikan solat Isyak 27 kali, selepas itu barulah aku tidur. Ketika tidur aku bermimpi melihat ada sekumpulan manusia menaiki kuda, kemudian aku mengejar mereka dengan kudaku. “Ketika saat hampir dengan kedudukan mereka, salah seorang daripada mereka itu berkata: “Kamu tidak akan mampu mengejar kami, sebab kami mengerjakan solat berjemaah di masjid sedangkan kamu hanya bersendirian di rumah.” Selepas mendengar kata-kata yang dilontarkan orang itu, aku terjaga daripada tidur dan aku sangat susah hati.” Inilah secebis kisah bagaimana orang terdahulu begitu mengambil berat soal solat berjemaah.
Kita bagaimana? Adakah kita susah hati seandainya tertinggal solat berjemaah? Saya pasti ramai tidak berasa bersalah atau kecewa.
Sekarang mari kita baca dan renungkan kisah yang mungkin akan memberikan impak positif kepada daya fikir agar mendidik diri sentiasa mendirikan solat lebih-lebih lagi secara berjemaah. Dikatakan pada suatu ketika, malaikat Jibril a.s. datang menemui Rasulullah sambil mengatakan: “Bacalah.” Jawab Nabi: “Bacaan manakah yang mesti aku baca?” Kemudian Jibril pun membaca ayat 59 Surah Maryam iaitu: “Maka datanglah sesudah mereka pengganti yang lebih buruk, yang mensia-siakan solat dan menuruti hawa nafsunya, hingga kelak mereka akan menemui kesesatan.” Lantas Rasulullah bertanya: “Ya Jibril, adakah sepeninggalanku nanti akan ada daripada kalangan umatku yang mensia-siakan solat?” Jawab Jibril: “Ya ada. Pada akhir zaman nanti akan ada sekelompok manusia daripada umatmu yang mensia-siakan solat, mengakhirkan waktu dari waktu yang ditentukan dan memperturutkan kehendak nafsunya. Wang satu dinar baginya lebih berharga daripada solat.” Subhanallah, memang benar ramalan Jibril itu.
Cuba kita perhatikan fenomena masa kini, sesetengah umat Islam lebih sayangkan masa dengan menggembleng tenaga untuk mengejar kebendaan duniawi. Ramai dikalangan kawan-kawan kita bergegas ke tempat kerja menunggu bas sebelum waktu Subuh. Ramai anak-anak jiran kita bergegas ke sekolah sebelum masuk waktu Subuh. Di mana solat Subuh mereka? Benarlah apa yang diperkatakan Jibril itu.
Kita boleh menilai kedudukan iman diri sendiri (dan umat Islam dewasa kini), setakat mana tebalnya dengan melihat apakah hati kita sentiasa terpaut pada masjid bagi mengerjakan solat berjemaah. Kita boleh juga jadikan kerajinan mengunjungi masjid atau surau bagi menunaikan solat berjemaah sebagai kayu pengukur kepadatan iman kita.
Mari kita jadikan firman Allah ini sebagai motivasi untuk gagah ke masjid untuk solat berjemaah. Allah menegaskan: “Dirikanlah solat dari sesudah matahari tergelincir sampai gelap malam dan (dirikanlah pula solat) Subuh. Sesungguhnya solat Subuh itu disaksikan (oleh malaikat).” (Maksud Surah Al-Isra’ ayat 78).
Inilah perintah Allah kepada kita semua agar sentiasa mematuhi suruhan mendirikan solat dan lihatlah bagaimana Allah mengkhususkan solat Subuh dengan memberikan pujian yang lebih, iaitu solat Subuh itu disaksikan malaikat.
Semoga kita semua dibukakan pintu hati dan digagahi semangat untuk solat berjemaah sama ada di masjid ataupun surau. Insya-Allah kita semua mampu melakukannya.

February 14, 2011

Sambutan Maulidul Rasul 1432H

InsyaAllah, Sambutan maulidul Rasul SAW peringkat Taman Sri Pulai akan diadakan pada 13 Mac 2011. MIAB dengan kerja sama pelbagai NGO Taman Sri Pulai akan menganjurkan aktiviti yang melibatkan semua peringkat itu akan diisi dengan larian remaja, pertandingan-pertandingan azan, tulisan khat, bacaan al-quran, beplorace dewasa/keluarga dan masakan wanita. Acara pertandingan akan dikendalikan sebelum 13 Mac oleh AJK MIAB dan NGO-NGO yang dipertanggung jawabkan seperti:

1. Larian/sukan dan aktiviti remaja dikendalikan oleh En Sabri Ahmad (012-7133844) AJK Rakan Muda MIAB merangkap Pengerusi KRT Jalan Batai
2. Pertandingan Azan, al-quran, tulisan khat dan lain-lain untuk kanak-kanak akan dikendalikan oleh Ustazah Saayah (0137778480) Guru Besar Sekolah Agama Taman Sri Pulai
3. Explorace dewasa/keluarga (belum ditetapkan)
4. Pertandingan masakan/gubahan dikendalikan oleh Hjh Rabeah (07-5272040) Ketua Biro Hal Ehwal Wanita MIAB.


Kemuncak sambutan adalah dengan Forum Perdana pada Ahad malam Isnin 13 Mac 2011 yang antara lain melibatkan Sheikh Hj Fahmi A Samad, Kadi Daerah Kulaijaya sebagai pengerusi Forum dengan Ustaz Mohd Nasri Abdul Rahman dan Ustaz Mohd Fairus Ali Akhbar sebagai ahli Panelnya. Sebelum forum bermula, para jemaah dan ahli kariah yang datang ke MIAB akan dijamu makan malam selepas solat maghrib dan selepas solat isyaknya  majlis penyampaian hadiah kepada pemenang acara-acara yang dipertandingkan dan pelajar yang cemerlang pelbagai katagori (UPSR, PMR dan SPM) bagi tahun 2010. 


Untuk tujuan melaksanakan sambutan di atas, pihak kami memohon sumbangan kewangan daripada semua. Satu surat edaran akan dihantar kepada semua penduduk Taman Sri Pulai. Tuan/puan juga boleh menyumbang ke dalam tabung yang disediakan di MIAB, mana-mana AJK yang dkenali atau dengan memindahkan wang terus ke dalam Akaun Masjid Intan Abu Bakar nombor akaun:  0118-0000935057 di CIMB UTM

February 11, 2011

Penubuhan Kumpulan Kompang

Alhamdulillah MIAB telah menubuhkan kumpulan kompangnya pada Jumaat 11 Februari 2011 di bawah kelolaan Biro Rakan Muda Masjid. Buat permulaannya latihan mengenainya bagi melatih kanak-kanak sekitar Taman Sri Pulai akan dikendalikan oleh sdr Azam yang tinggal di Jalan Batai 13 dan akan berlangsung  selama 2 jam selepas saja solat isyak berjemaah sehinggalah sekitar jam 11 malam. Seramai dua puluh orang kanak-kanak lelaki telah mengambil bahagian.

Sempena pelancarannya, Pemangku Pengerusi MIAB Dr Karim Deraman telah memberikan sedikit ucapan ringkas. Bagi pihak masjid, beliau telah mengalu-alukan dan amat menggalakkan penglibatan anak-anak remaja dalam kupulan kompang ini. InsyaAllah beliau akan cuba menyediakan bantuan dari segi minum ringan dan sekali sekala akan cuba mengadakan jamuan yang bersesuaian kepada para peserta semua. Selain daripada itu beliau juga mengalu-alukan kedatangan anak-anak ke dalam aktiviti yang akan diadakan dari semasa ke semasa. Beliau akan mengadakan guru pembimbing untuk anak supaya berjaya dalam pelajaran akademik mereka. Para pelajar boleh menggunakan ruang belakang masjid (lengkap sistem Wi-Fi ) untuk tujuan mengulang kaji pelajaran mereka. Ruang permainan seperti street soccer dan meja pimpong juga akan disediakan.

February 7, 2011

Tidur: Satu amalan Sunnah....

Seorang yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur.  Sekiranya dia tidur mengikut Sunnah Rasullullah SAW, maka tidurnya akan jadi ibadat selama tempoh yang berkenaan. Allah SWT hanya akan terima ibadat yang dilakukan dengan ikhlas. 

Tidur adalah satu perlakuan yang paling  mudah untuk mendapat pahala (asalkan dilakukan dengan ikhlas) kerana tidur ini tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur. Ganjaran Allah SWT untuk orang yang amalkan Sunnah sangatlah besar. Di dalam tidur, banyak amalan Sunnah yang boleh dilakukan. Jika seseorang itu  tidur cara selain dari cara Nabi SAW,  dia hanya akan mendapat kerehatan sahaja. Kalau bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air liur basi.

Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.

1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya hanya Allah swt janjikan adalah syurga.

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

3. Baca Tasbih Fatimah. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X.

4. Baca 4 Qul. Belepas itu tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik p elindung daripada sihir dan buatan orang.

6. Ambil wudhu. Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

7. Keredaan. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur. Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.

8. Tidur cara Rasulullah saw - Dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.

Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum tidur .Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur.

Peringatan : Pesan Nabi saw, dilarang tidur meniarap terutama lelaki. Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak menimbulkan fitnah.