February 7, 2011

Tidur: Satu amalan Sunnah....

Seorang yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur.  Sekiranya dia tidur mengikut Sunnah Rasullullah SAW, maka tidurnya akan jadi ibadat selama tempoh yang berkenaan. Allah SWT hanya akan terima ibadat yang dilakukan dengan ikhlas. 

Tidur adalah satu perlakuan yang paling  mudah untuk mendapat pahala (asalkan dilakukan dengan ikhlas) kerana tidur ini tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur. Ganjaran Allah SWT untuk orang yang amalkan Sunnah sangatlah besar. Di dalam tidur, banyak amalan Sunnah yang boleh dilakukan. Jika seseorang itu  tidur cara selain dari cara Nabi SAW,  dia hanya akan mendapat kerehatan sahaja. Kalau bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air liur basi.

Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.

1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya hanya Allah swt janjikan adalah syurga.

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

3. Baca Tasbih Fatimah. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X.

4. Baca 4 Qul. Belepas itu tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik p elindung daripada sihir dan buatan orang.

6. Ambil wudhu. Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

7. Keredaan. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur. Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.

8. Tidur cara Rasulullah saw - Dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.

Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum tidur .Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur.

Peringatan : Pesan Nabi saw, dilarang tidur meniarap terutama lelaki. Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak menimbulkan fitnah.


No comments:

Post a Comment