Majlis yang bermula dengan pendaftaran peserta bermula jam 8 malam, diikuti dengan solat isyak berjemaah, ucapan aluan pengerusi Masjid Intan Abu Bakar (MIAB) Dr Karim Deraman, tazkirah ringkas Ustaz Mohd Rifqi Myidin dan diakhiri dengan penyampaian sumbangan sumbangan kepada anak yatim yang disempurnakan oleh Ustaz Mohd Rifqi dan Imam 1 MIAB Hj Ahmad Kasman. Program yang berakhir sekitar pukul 10.30 malam tersebut juga dihadiri oleh wakil-wakil surau berkenaan iaitu Hj Abdul Halim Muhaimin (Surau Taman Teratai), Ustaz Sajuli Sajat (Surau Taman Pulai Emas) dan Ustaz Mokhtar Mohamad (Surau Taman Pulai Jaya 2).
Pengerusi MIAB Dr Karim Deraman, dalam ucapan aluannya, mengucapkan terima kasih kepada kepada para penyumbang untuk Tabung Anak Yatim/Infaq MIAB. Dengan sumbangan yang diberikan, pihak MIAB, katanya sedang merancang pelbagai aktiviti untuk anak-anak yatim. Pihak MIAB akan cuba membantu mereka untuk mempertingkatkan aspek pendidikan mereka. Moga-moga prestasi pendidikan mereka akan cermerlang dalam peperiksaaan UPSR, PMR dan SPM. Beliau berharap semua ahli keluarga terutamanya ibu mereka akan memberi kerja sama di atas usaha yang akan dilaksanakan MIAB nanti.
Kemudian, Ustaz Mohd Rifqi dalam tazkirah ringkasnya pula telah menjelaskan betapa mulianya anak yatim pada pandangan agama kita, dan betapa banyaknya pahala yang diperolehi mereka yang membantu anak-anak yatim. Setiap helai rambut yang diusapkan, berguguranlah dosa-dosa orang sayang dengan anak yatim. Dengan beberapa ayat al-quran dan 7 buah hadis nabi, beliau telah menerangkan kemuliaan tersebut. Sebaliknya pula, beliau menjelaskan amaran bahawa balasan api neraka kepada mereka yang menganiya dan memakan harta anak-anak yang kematian bapa tersebut.
No comments:
Post a Comment