June 28, 2011

KUNJUNGAN PEGAWAI PEMBANGUNAN PEJABAT AGAMA

Selepas solat zohor 27 Jun 2011, satu pasukan Pegawai Pembangunan Pejabat Agama Daerah Kulaijaya dan Negeri yang diketuai technician JAJ, Aza telah datang ke MIAB sekitar pukul 2.00 petang untuk melihat keadaan persekitaran masjid. Daripada perbualan dengan mereka, pihak MIAB dimaklumkan bahawa bantuan berjumlah RM 100,000.00 (katanya daripada Jakim, kunjungan sebelum ini) seperti mana yang dijanjikan sudah tiada. Walau bagaimana pun, JAJ akan cuba membuat pembaikan setakat mana yang termampu.

Katanya, mereka akan cuba membaiki mana-mana atap yang bocor dan perlu digantikan segera. Menara yang bocor di atas ruang hadapan mimbar imam juga akan dibuang dan akan ditutup dengan atap keseluruhannya. Mereka juga akan cuba memohon kepada Pejabat Agama supaya satu menara baru dibina di luar bangunan MIAB.

June 26, 2011

MESYUARAT PENENTUAN FAKIR/MISKIN

Satu mesyuarat khas untuk menentukan status fakir dan miskin bagi qariah MIAB telah diadakan pada 25 Jun 2011 jam 9.00 malam. Mesyurat yang dipengerusikan Dr Karim bin Deraman tersebut turut dihadiri En Abas bin Osman Ketua Kampung Rangkaian Ulu Choh dan Wak Paiman Jawatan Kuasa Pembangunan Kampung Rangkaian Ulu Choh.

Dalam mesyurat tesebut, Tok Abas mengingatkan bahawa pemililihan dan syarat kelayakan status fakir dan miskin ini perlu dibincangkan semasak-masaknya oleh AJK MIAB. Apa yang berlaku di masa-masa lepas, katanya, apabila beliau membuat semakan dan mengunjungi rumah penama-penama yang dicalonkan tersebut, ternyata orang yang dicadangkan mempunyai rumahn yang dipasang penuh dengan tile, perabut rumah yang mahal-malal, berkereta dan anaknya pula bekerja. Pada beliau, orang-orang seperti ini tidak layak diberikan bantuan. Andainya mereka mendapat bantuan, mereka telah mengambil hak orang lain yang betul-betul memerlukan. Dengan yang demikian, pengerusi dan AJK MIAB perlu berhati-hati dalam hal seperti ini, katanya.

Hasil daripada mesyuarat tersebut, seramai 11 orang telah dikatogerikan sebagai fakir dan 20 orang sebagai miskin. Penama-penama tersebut akan dimajukan kepada Tok Abas untuk tindakan beliau seterusnya (untuk dihantar kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor).

June 8, 2011

Sumbangan Kereta Untuk Kegunaan MIAB

Alhamdulillah, MIAB telah menerima sumbangan sebuah van Isuzu pada 31 Mei lalu daripada ahli perniagaan En ..... daripada Kuala Selangor. InsyaAllah, kereta ini akan digunakan untuk kegunaan MIAB.






Bagi pihak MIAB, saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada En....... di atas sumbangan tersebut. Juga diucapkan terima kasih kepada Wak Paiman yang telah berusaha mendapatkan kereta tersebut. Moga-moga sumbangan ikhlas yang diberikan menjadi amal jariah dan mendapat ganjaran setimpal daripada Allah Subhanahu Wata'ala... Amiiin..