September 29, 2011

KULIAH HADITH

Tuan Hj Syed Abdul Qadir Syed Mohamad, Imam Daerah Kulaijaya telah memulakan kuliah hadis di MIAB pada hari Isnin malam selasa yang lalu (26 September 2011). Beliau yang berkelulusan Univeriti Islam Madinah akan meneruskan kuliah tersebut selepas solat maghrib.

Pihak kami, amat mengalu-alaukan kehadiran semua warga qariyah MIAB, dan sama-samalah manafaatkannya.

September 27, 2011

JAMUAN HARI RAYA

Pejabat Agama Daerah Kulaijaya telah mengadakan jamuan hari rayanya pada 22 September lalu. Dr Karim Deraman, sdr Naam Parlan, Hj Ahmad Imbar, Hj Ahmad Kasman, Hj Md Hisam Hussin dan Hj Mohd Noh telah mengunjungi jamuan tersebut.


Sementara itu Jamuan Hari Raya peringkat Taman Sri Pulai telah diadakan pada hari Ahad 25 September 2011. Semua organisasi yang terdapat di Taman Sri Pulai, antaranya Badan Kebajikan Penduduk, MIAB dan KRT (Jalan Ara, Batai, Meranti, Pakis dan Rotan) telah mengambil bahagian. Program yang bermula jam 11.30 pagi hingga 3.00 petang tersebut telah dihadiri YB Datuk Abdul Aziz bin Sapian, ADUN Nusajaya. Pelbagai juadah seperti nasi jagung, burasap, ketupat, kuah lodeh dan kuih-kuih telah disediakan.

September 20, 2011

BERITA KEMATIAN

Hingga berita ini ditulis, Taman Sri Pulai telah kehilangan beberapa orang warganya. Pada hari raya aidil fitri pertama 30 Ogos 2011, En Zaini bin Abdullah yang tinggal di Jalan Pakis 8 telah kembali kerahmatullah. Kemudian diikuti dengan Pn Ramlah bt Andak yang tinggal di Jalan Pakis 9 pada Khamis malam Jumaat 22 September, Pn Putih bt Awang (Jalan Batai 2, Jumaat malam Sabtu 23 September) dan En Abdul Rahman (Jalan Meranti 9 Sabtu 24 September).

Sama-samalah kita halalkan makan minum dan hutang-piutang mereka dan seterusnya sama-sama doakan mudah-mudahan semua mereka yang telah meninggalkan kita itu diampunkan Allah dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman kepadaNya.

Kepada keluarga yang ditinggalkan, pihak MIAB mengucapkan takziah dan banyakkan bersabar di atas pemergian mereka. Marilah kita sama-sama mengamalkan suruhan Allah sepenuhnya kerana kita semua akan menjejaki mereka..

September 12, 2011

Munajat Peperiksaan 2011

Pada Khamis malam Jumaat 8 September 2011 lalu telah berlangsung Program Munajat Peperiksaan untuk pelajar daripada TAman Sri Pulai yang akan menduduki UPSR, PMR dan SPM tak lama lagi. Program bermula dengan sembahyang maghrib berjemaah, diikuti bacaan yasin, munajat dan doa yang di pimpin Ust Mohd Rifqi bin Myidin. Jamuan makan malam disediakan. Ini diikuti dengan solat isyak berjemaah, solat hajat dan tazkirah ringkas selepas solat hajat.

Alhamdulillah, sekitar 200 orang pelajar bersama keluarga mereka telah mengambil bahagian. Kami. selaku pentadbir MIAB mendoakan semoga anak qariyah kita mendapat keputusan cemerlang dalam semua peperiksaan yang diambil sama ada UPSR, PMR mahu pun SPM... Amin...

Bacaan yasin, munajat dan doa penerang hati dipimpin Ustaz Rifqi 

Tazkirah persediaan menghadapi peperiksaan
kepada pelajar dan ibu bapa yang hadir.
 

Jamuan makan malam selepas bacaan yasin,
munajat dan doa (sebelum solat isyak)