January 13, 2015

MISI BANTUAN PASCA BANJIR DI KELANTAN

Pengerusi MIAB Dr Karim Deraman telah mewakili MIAB bagi menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di Kelantan. Pada 10 Januari, beliau telah melawat kawasan banjir sekitar Kg Laut, Tumpat dan sempat mengagihkan sumbangan kewangan kepada tiga keluarga mangsa.

Pada 11 Januari 2014. Beliau telah menyampaikan sumbangan 180 helai baju sekolah dan sumbangan wang tunai kepada para pelajar (dan mangsa banjir) di Kg Kusial Baharu dan Tanah Merah. Tiga buah rumah mangsa banjir juga telah dilawati.

Pada 12 Januari pula, beliau telah menyampaikan sumbangan wang tunai kepada Ust Dr Abdul Basit Pondok Sungai Durian utuk baik pulih bangunan pondok dan kepada sdr Nazman Che Ibrahim, bekas pelajar UTM yang menguruskan pusat pengumpulan sumbangan daripada orang ramai untuk di agih-agihkan kepada mangsa sekitar bandar Kuala Krai dan Manek Urai.









  

January 3, 2015

KULIAH SUBUH SEPANJANG DISEMBER 2014

Beberapa orang assatizah telah menyampaikan kuliah subuh sepanjang Disember 2104 yang lalu. Mereka ialah:

1.