May 25, 2013

KULIAH USTAZ BADLISHAH ALAUDIN DI MIAB

Alhamdulillah, Ustaz Badlishah Alaudin telah menyampaikan kuliah subuh di MIAB pada pagi Jumaat cuti hari wesak 24 Mei 2013 yang lalu. Beliau yang selalu muncul di TV3 dan TV9 merupakan Penolong Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang telah membincang tentang mati.

Katanya, keluarga kita, harta kita dan amal bakti kita akan mengikuti kita ke kubur. Keluarga dan harta akan ikut balik ke rumah dan yang tinggal menemani kita hanyalah amalan yang kita lakukan semasa hidup di dunia. Dalam satu sabda, Nabi Muhammad Sallallahu AlaihimusSalam bertanyakan siapakah orang yang cerdek? Jawab Baginda Sallallahu AlaihimusSalam, orang yang cerdek ialah orang yang sentiasa mengingati MATI dan yang lebih cerdek ialah orang membuat PERSIAPAN UNTUK MATI.

Dalam hadis yang diriwayatkan Imam Ahmad, Nabi Sallallahu AlaihimusSalam mengatakan bahawa SOLAT yang kita lakukan akan menemani kita dekat kepala, ZAKAT menemani kita disebelah rusuk kanan, PUASA  di sebelah rusuk kiri manakala amalan sunat seperti menolong orang dan sebagainya menemani kita di kaki. Maka beruntunglah orang yang sentiasa membuat persiapan tersebut.




May 24, 2013

MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG 2013

Satu majlis ringkas penyampaian anugerah cemerlang pelajar bagi anak ahli kariah MIAB yang menduduki peperiksaan UPSR, PMR dan SPM 2012 telah berlangsung pada Khamis malam Jumaat 23 Mei 2013 yang lalu. Penghulu Kanan Daerah Kulaijaya, Tn Hj Zaihan Abdul Majid telah sudi menyampaikan hadiah kepada 24 orang pelajar bagi semua kategori bagi ahli kariah MIAB, Surau Teratai, Surau Pulai Jaya 1 & 2, Surau Pulai Emas, Surau bandar Baru Kangkar Pulai dan Surau Taman Bestari.










May 4, 2013

FORUM HAL-EHWAL ISLAM: ZAKAT PEMANGKIN TAMADUN UMMAH

Forum tentang Zakat dan Wakaf anjuran bersama Pejabat Agama Daerah Kulaijaya dan Masjid Intan Abu Bakar telah berlangsung di MIAB pada 2 Mei 2013 yang lalu. Forum yang diadakan selepas solat isyak Khamis malam Jumaat tersebut telah membarisi ahli panel Ustaz Mustafa Omar Ketua Penolong Pengarah Zakat, Wakaf dan Baitul Mal Jabatan Agama Johor dan Ustaz Lokman Hakim Abdul Rahman Majlis Agama Islam Keluang dengan moderatornya Al-Sheikh Tn Hj Fahmi A Samad.

 





May 3, 2013

KULIAH USTAZ MAT ISA DI MIAB

Pada 1 Mei 2013 lalu, al-Fadhil Ustaz Mat Isa bin Deraman telah menyampaikan kuliah subuh di MIAB. Beliau yang merupakan seorang penceramah tersohor di Pasir Gudang telah menyampaikan kuliah bertajuk Kepimpinan Dalam Islam dan telah dimuatkan dalam DVD. Sekeping harganya RM10.00.

Jika ada sesiapa berminat untuk dimiliki, sila berurusan dengan saudara Ahmad Fairoz ditalian 019-7821896.