February 25, 2012

ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI (ALK)

Selepas Mesyuarat Agong Permulaan tersebut, satu mesyuarat ringkas telah diadakan untuk membentuk satu pasukan ALK yang akan mengendakan perjalanan KOMIAB. Berikut dinyatakan struktur AJK yang telah dipesetujui, iaitu:

1. Dr Karim bin Deraman (Pengerusi)
2. Hj Nordin bin Mahbob (Timbalan Pengerusi)
3. Tn Hj Kamarzaman bin Salikon (Setiausaha)
4. Hj Norain bin Mastuki (Bendahari)
5. Tn Hj Ruseli bin Mohd Noh
6. En Naam bin Parlan
7. Tn Hj Ahmad Kasman
8. Tn Hj Ahmad bin Imbar
9. Tn Hj Mohd Arif bin Yahya
10. En Saruan bin Suhadi
11. En Wan Shaari bin Wan Alias
12. En Jaafar bin Rosmin

February 14, 2012

MESYUARAT AGONG PERMULAAN KOPERASI MIAB

Mesyuarat agong berkenaan telah diadakan pada Ahad 12 Februari 2012 jam 9.00 malam di Dewan Sekolah Agama Taman Sri Pulai. Seramai 60 orang ahli kariah Masjid Intan Abu Bakar (MIAB) Taman Sri Pulai telah menghadiri mesyuarat tersebut. Tn Hj Hasan bin Mohamad Penyelaras Masjid/Surau Daerah Kulaijaya, Tn Hj Shaari bin Chin Penggerak Masjid/Surau DUN Senai dan En Sahid bin Ammun Pegawai  Pembangunan Koperasi Johor Bahru juga turut hadir.

Dalam ucapan aluannya, Dr Karim bin Deraman selaku Pengerusi MIAB telah menjelaskan tujuan mesyuarat agong diadakan adalah untuk untuk menubuhkan Koperasi MIAB. Beliau berharap dengan adanya Koperasi, sumber dana dan kewanganMIAB dapat dilaksanakan oleh koperasi dan dengan yang demikian AJK MIAB pula dapat memberi perhatian kepada aktiviti-aktiviti untuk mempertingkatkan kualiti iman ahli kariah.

Sementara itu, En Sahid bin Ammun pula menerangkan serba sedikit tentang koperasi. Menurutnya, konsep koperasi mestilah sentiasa diikuti dan dopatuhi selaras dengan Akta Koperasi 1993. Beliau menegaskan bahawa mereka yang memasuki koperasi hendaklah masuk dengan ikhlas. Elakkan masuk koperasi hendak mendapatkan keuntungan semata-mata. Penyertaan dalam koperasi adalah dengan sukarela dan tiada unsur paksaan.
 
 

 

 

 

 

 

 

February 8, 2012

GOTONG ROYONG BERSIH/MENGECAT BILIK KAFA

Gotong royong membersihkan ruang solat masjid telah diadakan pada 5 Februari 2012 lalu. Ruang bilik pengajian KAFA (juga tempat kelas tusyen) telah dicat.









February 2, 2012

Sumbangan Anak Yatim Mendapat Liputan Akhbar

Majlis penyampaian sumbangan untuk anak-anak yatim yang diadakan pada 29 Januari lalu telah mendapat liputan akhbar Utusan Ualaysia (halaman 27) dan Berita Harian (halaman N14) dalam keluaran Khamis 2 Februari 2012. Bagi Utusan Malaysia, maklumat berkenaan boleh diklik pada tajuk di bawah....

54 Anak Yatim Terima Sumbangan Masjid Intan Abu Bakar