January 19, 2014

BERSAMA TIGA ASATIZAH ...

Alhamdulillah, tiga orang ustaz telah hadir solat subuh di MIAB. Kuliah subuh yg disampaikan oleh ust Azahari Mustapha pagi Ahad 19 Januari 2014 diikuti sama ust Luqmanul Hakim Abdul Rahman dan ust Phahrol Mohd Joui... Sementara itu, Ust Phahrol pula telah menyampaikan kuliah subuh di MIAB pada hari sabtu 18 Januari 2014.


January 17, 2014

USTAZ MOHD FARHAN ABDULLAH AL-HAFIZ KUNJUNGI MIAB

Alhamdulillah, ust Mohd Farhan bekas mubaligh kristian yg kembali kepada agama fitrah, Islam pada 26 Februari 1990 telah kunjungi MIAB tgh sebelum solat jumaat 17 Januari 2014.

Beliau kini menguruskan sekolah tahfiz di Sabah dengan 150 orang pelajar. Kesemua pelajarnya tidak dikenakan bayaran. Untuk meneruskan kelangsungan memberi didikan agama dan mengembangkan dakwah di dana, beliau memohon sesiapa saja bagi tujuan tersebut...

Layari.... tahfizataqwakotabelud.blogspot.com




January 10, 2014

Majlis Pelancaran Dana Pembinaan Masjid Baru

Majlis pelancaran memungut derma untuk pembinaan masjid MIAB baru telah disempurnakan oleh YB Dr Zaini bin Abu Bakar, ADUN Nusajaya pada hari Rabu 8 Januari 2014 selepas solat maghrib yang lalu. Tuan Haji Hasan Mohamad, Penyelaras Masjid/Surau Daerah Kulaijaya dan En Abas, Ketua Kampung Rangkaian Ulu Choh juga turut hadir.

Sebelum itui, satu "Wacana Bual-Bicara: Masjid Mu Tunggu Aku Datang" telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Rifqi bin Myddin dan Ustaz Anuar bin Husin.