July 31, 2014

Kuliah Subuh Ust Syed Abdul Kadir Al-Jofree

Alhamdulillah, Ust Syed Abdul Kadir Al-Jofree telah mengadakan kuliah Subuh di MIAB pada 27 Ramadhan lalu.






July 24, 2014

TAZKIRAH RAMADHAN OLEH PELAJAR SYRIA

Pada 22 Ramahdan lalu, Pertubuhan Majlis Perundingan Islam Malaysia (MAPIM) telah mendatang seorang pelajar Syiria yang sedang belajar di UKM untuk memberikan tazkirah di MIAB.





Selepasnya lapan rakaat solat terawih, pihak MAPIM telah membuat kutipan derma orang ramai untuk disampaikan kepada saudara seagama di Syria, Palestin, Myanmar dan lain-lain.

July 20, 2014

Kuliah Subuh Sheikh Mohamaed Abdul Aziz Mahmoud Ghanim

Sheikh Mohamed Abdul Aziz Ahli Majls Fatwa Daerah Tanta Mesir yang membahasakan dirinya sebagai Ustaz Mad. telah mengunjungi MIAB pada 20 Julai 2014. Beliau telah sudi menjadi imam subuh dan kemudiannya menyampaikan kuliah sekali.





Alhamdulillah beliau telah menyampaikan kuliahnya dengan bahasa melayu dielek Kelantan dengan jayanya, dan diakhirnya beliau mengajak ahli jemaah supaya memanafaatkan semaksimanya untuk beribadah di 10 malam bulan ramadhan yang sedang kita lalui sekarang ini.

July 19, 2014

Tazkirah Ramadhan Syeikh Safwan Dari Syria

Pada 22 ramadhan bersamaan 19 Julai 2014 lalu, Syeikh Safwan daripada Syria telah ziarah MIAB dan telah mengadakan tazkirah ringkas. Dalam tazkirahnya, beliau telah membincangkan supaya kita bersihkan hati lebih-lebih lagi penghujung 10 malam terakhir ramadhan ini. Hati yang bersih senang iman akan masuk. Ucapannya telah diterjemahkan oleh Ust Hidris bin Shaari.





Baliau datang ke beberapa masjid sekitar JB telah diuruskan oleh Majlis Perundingan Islam Malaysia (MAPIM).