August 16, 2012

MAJLIS BERBUKA PUASA PERDANA, KHATAM QURAN DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN FAKIR/MISKIN

Pada 12 Ogos 2012 bersamaan 22 Ramadhan lalu, MIAB telan melaksanakan tiga program serentak iaitu, Majlis Berbuka Puasa Perdana, Khatam Quran dan Penyampaian Sumbangan Duit Raya kepada Fakir/Miskin.

Majlis berkenaan bermula dengan berbuka puasa bersama dengan penduduk sekitar Taman Sri Pulai. Sebanyak tiga ekor kambing telah didermakan untuknya dan dianggarkan sekitar 300 orang ahli kariah bersama keluarga telah mengambil bahagian.

Setelah melaksanakan solat sunat tarawih 8 rakaat dan witir, majlis khatam quran pula dijalankan. Alhamdulillah, pada ramadhan ini, seramai 49 orang ahli kariah pelbagai katogeri yang terdiri daripada 7 kumpulan tadarus, iaitu 3 dewasa lelaki, 2 perempuan dewasa dan 2 remaja lelaki telah melaksanakan program tadarus di MIAB.

Majlis pada malam tersebut diakhiri dengan penyampaian sumbangan hadiah kepada peserta tadarus quran
dan sumbangan duit raya/beras kepada 30 orang fakir/miskin.

Suasana majlis berbuka puasa perdana
 



 

 

 


MAJLIS KHATAM QURAN 1433H





 


Sumbangan kepada ketua kumpulan tadarus 2012










August 12, 2012

KULIAH SUBUH SEPANJANG RAMADHAN

Alhamdulillah, sepanjang ramadhan ini setiap hari sabtu dan ahad telah berlangsung kuliah subuh. Pengisiannya telah disampaikan oleh beberapa orang alim ulama sekitar Skudai.

 Ustaz Mohd Rifqi bin Myidin
Sekolah Men Kebangsaan Taman Universiti 28 Julai 2012
 


Ustaz Syed Abdul Qadir Syed Mohamad
Pejabat Agama Daerah Kulaijaya 29 Julai 2012

 

Ustaz Abdiul Halim Shah Mohd Anuar
Sek Men Kebangsaan Kangkar Pulai 4 Ogos 2012

Ustaz Ariff bin Jasimin
Maahad Johor 5 Ogos 2012

 

Ustaz Loqman Hakim Abdul Rahman
Majlis Agama Islam Johor 11 Ogos 2010


Ustaz Mohd Abas Hj Abdul Latif
Fakulti Tamadun Islam UTM 12 Ogos 2012

August 11, 2012

TETAMU MIAB

Beberapa pihak samada NGO atau individu telah datang ke MIAB untuk memohon sumbangan ahli kariah. Pada 9 Ogos lalu, MIAB telah menerima kunjungan saudara Khalid A M Abu Azrah al-Hafiz daripada Palestin. Beliau yang didatangkan oleh Aman Palestin Berrhad telah mengimamkan solat tarawih dan memberikan tazkirah ringkas pada malam tersebut. Terjemahan tazkirahnya telah disampaikan Ust Fuad daripada Maahad Johor.

Selepasnya beliau telah bersama dengan ahli kariah. Beliau telah mengucapkan berbanyak terima kasih kepada ahli kariah yang telah menyumbang wang untuk di bawa balik ke Palestin dan menyamapaikan kepada mereka yang memerlukan di sana.

Tazkirah Sdr Khalid dengan terjamahan Ust Fuad, 9 Ogos 2012



Kutipan sumbangan untuk sekolah tahfiz di Pakistan 10 Ogos 2012


Kutipan Sumbangan Saudara Baru untuk belajar agama 
di Pondok Pasir Tumbuh Kelantan 3 Ogos 2012 (selepas solat tarawih)


August 10, 2012

TADARUS AL-QURAN RAMADHAN 1433H/2012M

Alhamdulillah pada Ramadhan kali ini, MIAB telah dapat mengumpulkan sebanyak 7 kumpulan tadarusnya. Tiga kumpulan lelaki dewasa, dua kumpulan perempuan dewasa dan dua kumpulan remaja lelaki.






 


 

 


August 8, 2012

PERJUMPAAN PENGERUSI/IMAM BERSAMA PEGAWAI DAERAH KULAIJAYA

Pengerusi MIAB Dr karim Deraman dan Imam 1 Hj Ahmad bin Kasman telah mengahadiri Majlis Perjumpaan bersama Pegawai Daerah Kulaijaya Hj Kamarudin Abdullah pada 7 Ogos 2012 lalu betrtempat di Dewan Raya Kg Melayu Kulai