December 23, 2014

KURSUS GRAFIK

Pada 20 Disember 2014 lalu, MIAB telah menaganjurkan kursus garafik. Kursus yang berlangsung daripada pukul 8.30 pagi hingga 5.00 pertang itu telah dihadiri Seramai lapan orang peserta dengan bantuan tiga orang fasilitator. Diakhir kursus, sijil penyertaan kepada peserta telah disampaikan oleh Dr Karim bin Deraman, Pengerusi MIAB.





December 21, 2014

SUMBANGAN KEPADA ANAK YATIM

Majlis penyampaian sumbangan kepada anak yatim kariah MIAB telah berlangsung pada 18 Disember 2014 lalu. Seramai 65 orang anak yatim telah disampaikan oleh pengerusi MIAB Dr Karim Deraman selaku Pengerusi MIAB.

December 8, 2014

KHATAM BERAMAI2 2014

Alhamdulillah, sebagaimana tahun2 sebelumnya, MIAB telah melaksanakan program berkhatan beramai2 pada 6 Disember 2014 yang lalu. Seramai 11 orang kanak telah menyertainya. Bilangan ini termasuklah seorang kanak2 dari Mutiara Rini dan seorang yatim dari Taman Sr Pulai.

Program yang bermula jam 9.00 pagi dan berakhir sekitar 12.15 tengahari itu telah dikhatankan Tn Hj Juperi bin Selamat, Pembantu Kesihatan, Pusat Kesihatan Simpang Renggam.














November 23, 2014

CERAMAH KHAS WANITA

Ceramah mengenai wanita telah berlangsung pada 22 November 2014 lalu selepas solat isyak di MIAB. Ceramah yang disampaikan oleh Ust Mohd Asyraf bin Suarin selama 1 jam tersebut telah dihadiri masyarakat sekitar Taman Sri Pulai dan pelajar UTM.

Dalam ceramahnya, beliau banyak menyentuh tentang martabat dan kelebihan wanita dari sudut agama. Disamping itu, Ust Asyraf juga menceritakan yang Nabi Muhammad SAW diperlihatkan ramai kaum wanita di dalam neraka semasa Baginda SAW dimikrajkan. Diantara puncanya, ialah mereka tidak menutup aurat, tidak mentaati suami dan mengabaikan solat.

  

 


 



November 20, 2014

LAWATAN KERJA PEJABAT AGAMA DAERAH KULAIJAYA

Pada 18 November 2014 lalu, selepas solat isyak, Tn Hj Hasan Mohamad, Penyelaras Masjid/Surau Daerah Kulaijaya dan Tn Shaari bin Chin, Penggerak Masjid/Surau Zon Senai telah mengunjungi MIAB. Lawatannya adalah bertujuan membincangkan tentang pengurusan kewangan masjid/surau dalam Daerah Kulaijaya.

Beliau telah berpuas hati di atas pengurusan kewangan MIAB.



November 4, 2014

MIAB BUKA BOOTH MOHON SUMBANGAN DERMA DI PESTA KONVOKESYEN UTM

Untuk menggiatkan lagi, pengumpulan dana pembinaan masjid baru, Jawatan kuasa Pembinaan MIAB telah menyewa tapak di Pesta Konvokesyen UTM yang bermula daripada 30 Oktober hingga 3 November yang lalu.

October 31, 2014

KURSUS MEMAHAMI BAHASA AL-QURAN KAEDAH AL-MUYASSAR

Kursus al-Muyassar iaitu Kursus Mudah Memahami Bahsa Al-Quran telah diadakan pada Jumaat 31 Oktober 2014 bertempat di Dewabn Sekolah Agama Taman Sri Pulai. Kursus tersebut telah dikendalikan oleh Dr Urwatul Wusqo daripada Sumatera dan dibantu oleh Ust Dr Azahari Mustafa daripada Pusat Islam UTM Skudai. Seramai 65 orang peserta telah menghadirinya dan berlangsung daripada 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari.







October 18, 2014

QURBAN 2014

Alhamdulillah sebanyak 7 ekor lembu telah dikorbankan sempena hari raya kurban bagi tahun 2014/1435.















October 11, 2014

KHATAN BERAMAI2 DI MIAB

Tuan/puan dijemput untuk khatankan anak atau cucu lelaki di MIAB sepertimana butiran di bawah. JIka tuan/puan tinggal berhampiran dengan  kediamana anak yatim dalam kariah MIAB yang ingin berkhatan, sila hubungi kami atau keluarga mereka untuk tujuan berkhatan dengan MIAB.





August 26, 2014

JAMUAN HARI RAYA BERSAMA PENDUDUK TAMAN SRI PULAI

Beberapa pertubuhan penduduk di Taman Sri Pulai termasuklah MIAB telah mengadakan jamuan hari raya pada 23 Ogos 2014 yang lalu. KRT jalan Batai telah diamanahkan untuk menjadi ketua bagi menyelaraskan jamuan yang telah dihadiri oleh YB Dr Zaini bin Abu Bakar, Adun Nusajaya dan Tn Hj Farid Ahli Majlis MPJBT.