July 31, 2011

Kuliah Subuh oleh Timbalan Mufti Perak

Alhamdulillah, Timbalan Mufti Negeri Perak Us Hj Zamri bin Hashim telah bertandang ke MIAB pada  31 Julai 2011 dan telah menyampaikan kuliah subuh. Dalam kuliah tersebut, beliau telah menyentuh serba sedikit tentang bulan Ramadhan dan betapanya pentingnya tentang puasa yang diamalkan nanti dapat menjadi syafaat kepada orang mengamalkan. Kita juga perlu membaca dan mentadabbur isi kandungan Al-quran sempena kedatangan bulan yang mulia ini.

Selain puasa, al-quran juga akan memberi syafaat kepada kita ketika mana kita berhadapan dengan Pencipta nanti jika kita membacanya.

Katanya, kita perlu yakin bahawa al-Quran boleh menyelesaikan segala masalah umat. Untuk menyelesaikan masalah ekonomi dan ingin mempertingkatkan taraf hidup umat islam umpamanya, surah Hud ada jawapannya. Secara khususnya ayat 3 (maksudnya): Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubat kepadanya. (Jika kamu mengerjakan demikian), niscaya Dia akan memberikan kenikmatan yang baik (terus-menerus) kepada kamu sampai kepada waktu yang telah ditetapkan dan Dia akan memberi kepada tiap-tiap orang yang mempunyai keutamaan (balasan) keutamaannya. Jika kamu berpaling, sesungguhnya aku (Nabi Muhammad) takut kamu akan ditimpa siksa pada hari kiamat. Jika umat islam memahami ayat tersebut, mereka tidak akan melakukan rasuah, curi tuang (dalam kerja) dan melakukan alamalan mulia dalam tindak tanduk mereka. Dengan yang demikian, apa saja masalah yang dihadapi umat ini dapat diselesaikan.


Salam Ramadhan Kareem...

Bagi pihak MIAB, saya mengucapkan selamat menyambut Ramadhan 1432H. Marilah kita sama-sama menghadapi bulan Ramadhan kali ini dengan memaksimumkan keikhlasan dalam ibadah berpuasa, solat tarawikh, menggandakan menderma baik wang ringgit, tenaga dan idea, qiamullai, tadarus dan sebagainya.

Semoga kita semua dapat menjalani semua amalan baik sama ada sunat mahu pun wajib dengan jayanya...

July 29, 2011

Sumbangan Cenderahati Kepada Bekas AJK Lalu

Sempena Tahlil Perdana pada 28 Julai 2011, satu majlis penyampaian cenderahati kepada AJK dan Pegawai MIAB yang telah menamatkan tempoh perkhidmatan dengan MIAB mereka telah diadakan. Mereka yang terlibat ialah pengerusi lalu (Tuan Hj Md Nor Salleh), AJK (Tn Hj Kamaludin @ Yahya Arshad), Penolong Setiausaha (Tn Hj Abdul Azizi Abdul Manap), Bilal 1 (En Sukim Sahal) dan Pemeriksa Kira-Kira 2 (Tn Hj Abdul Samit Abdul Rahman).

  


  

Tahlil Perdana 2011

Pada 28 Julai lalu, MIAB telah mengadakan Majlis Tahli Perdana untuk sanak saudara dan peserta Khairat Kematianyang telah meninggal pada tahun 2010 dan 2011.

July 28, 2011

Forum Semarak Ramadhan 2011

Pada Ahad malam Isnin 24 Julai lalu, satu Forum Semarak Ramadhan telah diadakan di MIAB. Forum yang bermula selepas maghrib telah membarisi ahli panel Prof Madya Dr Azhar bin Muhammad, Pengarah Pusat Islam UTM dan Ust Halim Shah bim Mohd Anuar Pengerusi Surau Nur Salam Taman Pulai Indah (yang juga guru agama Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Pulai Indah). Pengerusi MIAB telah mempengerusaikan majlis tersebut.

 

July 25, 2011

Persatuan Pasar Tani Menyumbang Beras Kepada MIAB

Persatuan Pasar Tani Taman Sri Pulai telah mengadakan perjumpaan dan seterusnya mengadakan program tahlil arwah kepada kaum keluarga ahlinya yang telah meninggal dunia pada 24 Julai 2011 bermula jam 10.30 pagi. Bacaan tahlil telah dibawa Hj Khamis tersebut telah dihadiri sekitar 30 orang peniaga Pasar Tani, En Zainudin Pengerusi Pasar Tani Taman Sri Pulai, En Sulaiman wakil Pengarah FAMA Negeri Johor, Hj Ahmad Imbar AJK MIAB dan Dr Karim Deraman Pengerusi MIAB.

Pada majlis tersebut, Persatuan Pasar Tani Taman Sri Pulai telah bermurah hati menyumbangklan sebanyak 19 kampit beras untuk kegunaan MIAB sepanjang bulan Ramadhan nanti. Melalui En Sulaiman, sumbangan beras tersebut telah diserahkan kepada Dr Karim Deraman.

Bagi pihak MIAB, Dr Karim mengucapkan terima kasih di atas sumbangan yang telah diberikan persatuan. Katanya, yakinlah bahawa sumbangan yang berterusan kepada penduduk Taman Sri Pulai tersebut akan mendapat rahmat dan seterusnya akan rezeki yang melimpah ruah daripada Allah...





July 24, 2011

Gotong Royong Perdana 2011

Satu majlis gotong royong secara menyeluruh membersih masjid dan kawasan persekitaran masjid telah berjalan dengan jayanya pada 24 Julai 2011.  Program yang bermula jam 7.30 pagi dan berakhir jam 12.30 tengahari tersebut mendapat sambutan nyang menggalakkan daripada ahli qariyah MIAB.

Bagi pihak MIAB, Dr Karim Deraman (Pengerusi MIAB) mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua peserta gotong royong sebagai persiapan menyambut Ramadhan yang seminggu lagi akan tiba.







July 20, 2011

Ziarah Ahli Qariyah Yang Uzur

Biro Kebajikan, Kemasyarakatan dan Kebudayaan MIAB telah menziarahi beberapa orang qariah yang uzur. Pada 17 Julai 2011 lalu selepas solat asar, Ketua Biro Tn Hj Md Anuar Arshad bersama-sama AJK dan Pegawai MIAB telah menziarahi Wak Nan dan En Muhammad (kedua-duanya di Jalan Batai 12), dan Jiran Wak Bajuri (Jalan Batai 9).

Sambutan Malam Nisfu Syaaban

MIAB telah mengadakan pelbagai aktiviti dalam mengisi malam nisfu syaaban 16 Jun 2010 yang lalu. Bermula dengan bacaan yasin selepas maghrib, kemudian diadakan program qiamullai bermula jam 3.30 pagi yang di pimpin oleh Us Dr Ismail bin Mushtari Timbalan Pengarah Pusat Islam UTM dan berakhir dengan kuliah subuh (juga disampaikan Us Dr Ismail Mushtari).

Moga-moga program qiamullai yang diperolehi ahli Qariyah MIAB akan dapat diamalkan sepanjang Ramadhan nanti.....

July 12, 2011

Gotong Royong Cuci Kapet

Tuan Hj Shaari dan kawan-kawannya telah mengadakan gotong royong mencuci karpet MIAB bemula malam Isnin 11 Julai 2011. Sebahagian ruang solat telah dicuci dan gotong royong berakhir jam 12 tengah malam. Katanya, mereka akan sambung lagi untuk bebarapa malam.... Beberapa orang AJK MIAB seperti Hj Mohd Tahir, En Shahrim dan Naam Parlan turut sama membantu..



 
Bagi pihak MIAB saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu.

July 11, 2011

Sambutan Nisfu Syaaban

InsyaALLAH malam nisfu Syaaban jatuh pada hari sabtu 16 Julai 2011 malam Ahad. Selai rutin kebiasaan dengan bacaan yasin selepas solat magrib, MIAB akan mengadakan aktiviti Qiamullai yang akan bermula jam 3.30 pagi. Aktiviti Qiamullai akan dipimpin Us Dr Ismail bin Mushtari, Timbalan Pengarah Pusat Islam UTM.

Selain itu selepas solat subuh pula akan diadakan kuliah subuh (pada hari minggu, 17 Julai 2011) yang akan disampaikan oleh Us Zamri, Timbalan Mufti Negeri Perak.

Kaum muslimi/muslimat dijemput hadir kedua-dua majlis tersebut.

July 3, 2011

PEMASANGAN AIRKON RUANG SOLAT UTAMA

Alhamdulillah, kerja-kerja pendawaian untuk current 3 phase dan pemasangan airkon ruang solat utama MIAB telah bermula selasa 21 Jun 2011 lalu. InsyaALLAH, kapasiti satu unit airkon (jenis catterage) itu setiap satunya 5 hp dengan jumlah 20 hp. Satu tambahan 2.5 hp juga akan dipasang dihadapan tempat solat imam. Adalah dijangkakan kerja-kerja pemasangan airkon ini akan siap minggu hadapan.

Pihak kami memohon maaf kepada semua ahli jemaah sekalian yang kurang selesa kerana terdapat habuk-habuk dan debu-debu bertebaran di atas karpet lantaran kerja-kerja tersebut.

Pihak kami juga masih mengalu-alukan sumbangan untuk tujuan pemasangan airkon dan lani-lain kerja pembangunan masjid kita (seperti setor, tangki air dan juga menara baru). InsyaAllah kami akan membuka akaun khas untuk pembangunan MIAB. Untuk sementara waktu, sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Jawatan Kuasa Masjid Intan Abu Bakar Taman Sri Pulai 01180000935057.