July 29, 2012

July 27, 2012

KULIAH JUMAAT BERSAMA USTAZ ZAMRI MOHD ZAINUDIN

AJK MIAB telah bersetuju untuk mengadakan kuliah Jumaat sempena bulan Ramadhan ini. Masa yang dipersetujui ialah antara 12.00 hingga 1.00 tengahari sebelum azan Jumaat. Buat julung kalinya, kuliah berkenaan pada Jumaat 17 Julai 2012 telah dipenuhi oleh YBhg Ustaz Mohd Zamri bin Mohd Zainuddin, pengendali beberapa acara di TV9. Antaranya mari mengaji, Tanyalah Ustaz, Ustaz Zamri bercerita dan lain-lain.

Sebelumnya beliau telah mengadakan Ceramah Motivasi di Masjid Sultan Ismail UTM Skudai antara jam 9.30 hingga 11.10 pagi.





July 26, 2012

MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA ADUN NUSAJAYA

Pada 25 Julai 2012 telah berlangsung majlis ramah mesra bersama YB Datuk Abdul Aziz bin Sapian ADUN Nusajaya. Rombongannya seramai 20 orang telah sempat solat isyak berjemaah, solat tarawih dan witir bersama jemaah MIAB. Turut sama dalam majlis tersebut ialah En Fakhrul Anwar Ramli, Ahli Majlis Johor Bahru Tengah dan Tn Hj Hasan Mohamad, Penyelaras Masjid dan Surau daerah Kulaijaya.

Selepasnya beliau telah memberikan ceramah ringkas mengingatkan para jemaah supaya meningkat iman sempena bulan ramadhan ini. Beliau juga mengajak semua yang hadir supaya menjaga islam yang kita ada daripada digugat anasir luar.

Di akhir pertemuan, YB Datuk Hj Abdul Aziz dan rombongannya telah menikmati jamuan moreh yang disediakan MIAB.









July 24, 2012

KAUNTER ZAKAT FITRAH

Sepanjang bulan Ramadhan ini, tuan puan boleh berurusan dengan Amil Tauliah, Hj Ahmad bin Kasman yang merupakan juga Imam 1 MIAB.



July 22, 2012

SOLAT TARAWIH DIIMAMKAN IMAM HAFIZ


Seperimana lazimnya, atas permintaan ramai pihak MIAB telah mengundang dua orang hafiz untuk mengimamkan solat tarawih. Mereka ialah sdr Mohd Khairula...pelajar master di Fakulti Tamadun Islam, UTM  dan sdr Abdul Aziz bin Karim, pelajar tahun 1 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Ampang dalam Jurusan Perubatan.

  

 

July 16, 2012

TAHLIL PERDANA WANITA 2012

Jawatan Kuasa Hal Ehwal Wanita MIAB telah mengadakan majlis tahli perdana dan bacaan yasinnya pada 15 Julai 2012 yang lalu.






July 14, 2012

TAHLIL PERDANA 2012 DAN PENYAMPAIAN ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG 2011

Majlis Tahlil Perdana dan Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang bagi kariah MIAB telah berlangsung pada 12 Julai 2012 yang lalu. Majlis tahlil yang diadakan selepas maghrib tersebut bertujuan untuk meraikan ahli kariah yang meninggal dunia sepanjang tahun antara Ramadhan 1432 H dan Ramadhan 1433 H yang lalu. Sepanjang tempoh tersebut seramai 29 orang arwah telah kembali ke rahmatullah.

 








Selepas majlis tahlil, penyampaian sumbangan kepada pelajar cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PMR dan SPM bagi anak-anak ahli kariah MIAB yang menduduki peperiksaan tahun 2011 yang lalu. Seramai 11 orang pelajar yang cemerlang dalam UPSR, 11 orang cemerlang dalam PMR dan 7 orang pelajar SPM telah menerima sumbangan masing-masing daripada pengerusi MIAB.