December 28, 2012

SUMBANGAN ANAK YATIM 2012

Sumbangan untuk anak-anak yatim bagi kariah MIAB yang meliputi sama Tasman Teratai, Taman Pulaui Jaya 1 & 2, Taman Pulai Emas dan Bandar Baru Kangkar Pulai  telah diadakan pada 27 Disember 2012 yang lalu.Pihak MIAB telah menjemput Hj Zaihan Abdul Majid Penghulu Kanan Daerah Kulaijaya. Turut sama hadir ialah Hj Hasan Mohamad, Penyelaras Masjid/Surau Daerah Kulaijaya dan Encik Abas Ketua Kampung Rangkaian Ulu Choh.










December 5, 2012

CERAMAH MENGENAI PALESTIN

Pada 4 Disember lalu, satu ceramah mengenai keadaan semasa Palestin telah disampaikan oleh Ustaz Ridzuan Mohd Nor, wakil Muslim Care yang baru pulang dari Ghaza. Kuliah tersebut telah menggantikan kuliah maghrib Ustaz Abdul Hafiiz bin Mansor.

http://www.youtube.com/watch?v=rDu8SU0iLVg&feature=share






Sempena ceramah tersebut, orang ramai telah menyumbangkan wang yang disalurkan kepada rakyat Palestin. MIAB juga tidak ketinggalan menyumbangkan rumbangan RM2000.00 untuk tujuan tersebut.

November 25, 2012

Program Khatan 2012

Alhamdulillah program tahunan tersebut telah berlangsung dengan selamatnya pada pagi Sabtu 24 November 2012 yang lalu. Seramai sembilan orang kanak-kanak sekitar Taman sri Pulai telah mengambil bahagian. setiap kanak-kanak dikenakan bayaran RM120 seorang.

Sebagai mana tahun lepas, mudim yang dijempuat ialah Tn Hj Jupri bin Selamat, Pembantu Kesihatan Pejabat Kesihatan Simpang Renggam.






November 10, 2012

SEMINAR PENGAJIAN AL-QURAN

Sekitar 100 orang peserta telah hadir ke Seminar Pengajian Al-Quran anjuran MIAB pada hari sabtu, 10 November 2012. Majlis yang dianjurkan telah dirasmikan oleh YBhg al-Sheikh Us Hj Mohd Fahmi bin A Samad, Kadhi Daerah Kulaijaya. Dua kertas kerja telah dibentangkan oleh Ustaz Kamarudin bin Komeng al-Hafiz bertajuk Pengenalan Resam Othmani dan kertas kedua Ustaz Mohd Rifqi bin Myiddin bertajuk Kaerdah Mengajar al-Quran.

Pengacara Majlis
En Naam bin Parlan

Ucapan Alu-aluan Pengerusi MIAB 
Dr Karim bin Deraman

Ucapan Perasmian Kadhi Derah Kulaijaya,
al-Sheikh Ustaz Hj Mohd Fahmi bin A Samad

Penyampaian Sumbangan Kepada Tuan Kadhi


Pembentangan  Kertas Kerja, Pengenalan Resam Othmani
Ustaz Kamarudin bin Komeng

Peserta Seminar




Sumbangan Saguhati kepada Ustaz Kamarudin

Pembentangan Kertas Kerja, Kaedah Pengajian al-Quran
Ustaz Mohd Rifqi bin Myidin


November 7, 2012

KULIAH MAGHRIB USTAZ HAFIZ BIN MANSOR

Alhamdulillah, MIAB telah mendapat khidmat Ustaz Hafiz bin Mansor daripada Pejabat Mufti Johor bagi mengisi KUliah Maghrib pada hari selasa minggu 1 dan 3. Kelas pertamanya telah bermula pada malam selasa 6 November 2012 lalu.


Beliau telah membaca kitab Penawar Bagi Hati karangan al-Sheikh Abdul Qadir bin Abdul Mutalib al-Indonesi al-Mandili, iaitu sebuah kitab pengenalan bagi Ilmu Tasauf.

November 5, 2012

KULIAH SUBUH USTAZ RASHIDY JAMIL

Ustaz Rashidy Jamil daripada Jabatan kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Kuala Lumpur telah sempat mengadakan kuliah subuh di MIAB pada hari Ahad 4 November 2012. Sebelum itu beliau telah sempat mengadakan ceramah maghrib di Masjid Tan Sri Ainuddin Wahid Taman Universiti dan forum perdana di Masjid al-Jawahir Mutiara Rini. Selepas MIAB, beliau akan mengadakan kuliah Dhuha di Surau al-Salam Taman Pulai Indah.

Dalam kuliah subuhnya beliau menjelaskan tentang sejarah khurafat seperti mana dijelaskan dalam kitab Syamail Turmizi berdasarkan hadis nabi SAW. Khurafat ni adalah seorang lelaki bangsa Yaman. Satu ketika Khurafaat diculik sekumpulan jin (sebelum zaman nabi lagi). Bila dilepaskan, Khurafat menceritakan amalan, aktiviti dan kelakuan jin.

Beliau menceritakan zaman jahiliah belaku khurafat dalam sistem nasab. Ada empat cara:
1. Belanja kahwin yang terlalu tinggi. Masa kini pun berlaku juga ibu bapa yang menyusahkan bakal menantunya dengan meletakkan belanja kahwin 3, 4 puluh ribu. Ini menyusahkan maka belakulah perkara tidak baik apabila bakal menantunya buat pinjaman tu, pinjaman ni

2. Seorang suami beri izin isterinya tidur dengan mana-mana lelaki dan kemudian dia kembali menggauli isterinya. Bila mengandung dia bin kan dengannya (suami).

3. 10 orang lelaki dan ke bawah meniduri wanita dan bila mengandung dan melahirkan anak, perempuan itu boleh pilih sapa yang dia nak binkan anaknya.

4. 10 orang lelaki da ke atas, membayar kepada wanita2 tertentu dan bila dapat anak, perempuan tu boleh pilih sapa yang nak bin kan kepada mana-2 lelaki yang dia kehendaki

Juga berlaku khurafat dengan sistem hidup mereka. Adanya riba dan kezaliman kepada mereka. Dengan itu untuk mengatasi perkara ini, maka Nabi SAW dilahirkan...



November 4, 2012

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH

MIAB dengan kerja sama Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Daerah Kulaijaya telah menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah pada Sabtu 3 November 2012 yang lalu bertempat di MIAB.

Kursus yang bermula jam 8.00 pagi dan berakhir selepas solat zohor itu telah mendapat sambutan luar biasa daripada banyak pihak.

Pendaftaran Peserta Muslimin


Pendaftaran Peserta Muslimat 




Jamuan Sarapan Pagi


Bacaan Doa Imam 1 Hj Ahmad Kasman

Ucapan Alu-aluan Pengerusi MIAB Dr Karim bion Deraman


Ceramah Slot Teori
oleh Ustaz 






Slot Praktikal (lelaki)
oleh Ustaz Sharil








Solat Jenazah ke atas Allahyarham Hj Mohd Salleh Hj Hashim





Slot Praktikal (Perempuan)
oleh Pn Hjh Hasnah