November 23, 2014

CERAMAH KHAS WANITA

Ceramah mengenai wanita telah berlangsung pada 22 November 2014 lalu selepas solat isyak di MIAB. Ceramah yang disampaikan oleh Ust Mohd Asyraf bin Suarin selama 1 jam tersebut telah dihadiri masyarakat sekitar Taman Sri Pulai dan pelajar UTM.

Dalam ceramahnya, beliau banyak menyentuh tentang martabat dan kelebihan wanita dari sudut agama. Disamping itu, Ust Asyraf juga menceritakan yang Nabi Muhammad SAW diperlihatkan ramai kaum wanita di dalam neraka semasa Baginda SAW dimikrajkan. Diantara puncanya, ialah mereka tidak menutup aurat, tidak mentaati suami dan mengabaikan solat.

  

 


 



November 20, 2014

LAWATAN KERJA PEJABAT AGAMA DAERAH KULAIJAYA

Pada 18 November 2014 lalu, selepas solat isyak, Tn Hj Hasan Mohamad, Penyelaras Masjid/Surau Daerah Kulaijaya dan Tn Shaari bin Chin, Penggerak Masjid/Surau Zon Senai telah mengunjungi MIAB. Lawatannya adalah bertujuan membincangkan tentang pengurusan kewangan masjid/surau dalam Daerah Kulaijaya.

Beliau telah berpuas hati di atas pengurusan kewangan MIAB.



November 4, 2014

MIAB BUKA BOOTH MOHON SUMBANGAN DERMA DI PESTA KONVOKESYEN UTM

Untuk menggiatkan lagi, pengumpulan dana pembinaan masjid baru, Jawatan kuasa Pembinaan MIAB telah menyewa tapak di Pesta Konvokesyen UTM yang bermula daripada 30 Oktober hingga 3 November yang lalu.