December 25, 2013

Anak-Anak Yatim Kariah MIAB Dapat Beg Sekolah

Kedatangan tahun baru 2014 membawa lembaran baru kepada kita semua. Bagi keluarga yang berada dan mempunyai kewangan yang kukuh, ianya tidak menjadi permasalahan besar bagi mereka untuk menampung perbelajaan persekolahan anak-anak mereka. Keadaan ini berbeza bagi mereka yang kurang upaya dan keluarga yang kurang berada. Untuk mengurangkan sedikit bebanan tersebut, pihak MIAB telah menyumbang beg sekolah kepada anak-anak yatim yang bersekolah.

Selain itu, pihak MIAB juga akan berusaha untuk membiyaai kos penyertaan kursus yang dianjurkan mana-mana pihak. Dengan ini moga-moga prestasi akademik dan sahsiah mereka menjadi lebih baik. Lantaran itu, mereka boleh membantu keluarga mereka menjadi anak yang berguna untuk keluarga mereka secara khususnya.

Hubungi pihak kami jika anda tinggal dalam kariah MIAB dan layak diberi bantuan tersebut.








December 20, 2013

Program Pembentukan Sahsiah Remaja Harapan 2013

Program berkenaan remaja telah diadakan pada 18-9 Disember 2013 yang lalu bertempat di Hutan Rekreasi UTM. Program yang dianjurkan oleh Biro Rekreasi dan Rakan Muda Masjid ini telah disertai seramai 25 orang kanak-kanak sekitar MIAB dengan 3 orang fasilitator.

Setiap peserta dikenakan bayaran RM50 sahaja. Seramai empat orang anak yatim juga menyertainya dan kos penyertaan mereka ditanggung oleh Tabung Anak Yatim/Infaq MIAB.

Antara aktiviti yang diikuti peserta adalah seperti berikut:

Lawatan Ke Balai Polis Kangkar Pulai pagi 18.12.13


 Ceramah tentang Jenayah di Dewan Iskandar, UTM petang 18.12.13



Kuliah Subuh oleh Ustaz Eleyeen pagi 19.12.13


Aktiviti Lasak pagi 19.12.13



 

Sarapan pagi 19.12.13

Ceramah Motivasi oleh Ustaz Eleyeen pagi 19.12.13



Sumbangan Cenderahati kepada Ustaza Eleyeen









December 10, 2013

Program Khatan Beramai-ramai 2013

Majlis Khatan di MIAB telah berlangsung pada Ahad 8 Disember 2013. Seramai 9 orang kanak-kanak telah mengambil bahagian.



December 6, 2013

PENYAMPAIAN SUMBANGAN ANAK YATIM DAN PESERTA BERKHATAN

Pada 5 Disember 2013 bersamaan 3 Safar 1245 H telah berlangsung majlis penyampaian sumbangan anak yatim. Seramai 40 rang anak yatim dari Taman Sri Pulai, Taman Teratai, Taman Pulai Jaya dan Taman Pulai Emas telah menerima sumbangan tersebut. Majlis telah disempurnakan Tuan Hj Shaari bin Chin, Penggerak Masji dan Surau Mukim Senai-Kulai.

Di majlis yang sama, beberapa orang peserta berkhatan di MIAB (yang akan dilaksanakan pada Ahad 8 Disember 2013 ini) turut diberikan cendera hati.

SEbelum majlis bermula, ahli jemaah telah membaca yasin, tahlil dan doa selamat. Kemudian diikuti dengan jamuan makan, solat isyak, solat hajat dan seterusnya majlis berkenaan. 








September 21, 2013

MERAIKAN BAKAL HAJI 2013

Beberapa orang ahli jemaah MIAB, In Sya Allah akan menjadi tetamu Allah. Sebahagain mereka telah berangkat ke tanah suci dan sebahagiannya sedang menunggu untuk berlepas ke sana .

Pihak MIAB telah mengadakan majlis meraikan pemergian mereka pada hari Khamis malam Jumaat 19 September 2013 yang lalu. Diantara mereka yang diraikan ialah En Abdullah bin Satiman (dan isteri), En Roslai Paimin (dan isteri), En Mokhtar Hemi (dan isteri) dari Jalan Meranti dan Cikgu Rokiah Abu Bakar dari Jalan Batai 5.








September 18, 2013

KULIAH SUBUH DR JAMNOL AZHAR BIN MULKAN DI MIAB

Alhamdulillah, Dr Jamnol Azhar Mulkan telah datang berkunjung ke MIAB dan telah menyampaikan kuliah subuh pada Isnin 17 September 2013 lalu.




July 7, 2013

GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN KAPET

Beberapa orang ahli jemaah yang diketuai Hj Kasim Marjono dan Hj Shaari Yaakob telah menyumbangkan tenaganya membersihkan/mevakumkan kapet MIAB. Program tersebut adalah merupakan aktiviti sukarela setiap tahun terutamanya menjelang ramadhan perkumpulan berkenaan telah diadakan selama dua hari 6 dan 7 Julai 2013 selepas solat isyak dan berakhir sekitar 12.30 malam.

Pada 6 Julai 2013, mereka telah menyedut ruang solat utama dan ruang belakang MIAB manakala pada malam 7 Julai 2013 ruang solat wanita dan ruang solat bersebelahan tandas.

Bagi pihak masjid, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang membantu aktviti berkenaan.









June 17, 2013

JUALAN KURMA SEMPENA KARIVAL SUKAN KRT-KRT TAMAN SRI PULAI 2013

Karnival sukan KRT-KRT Taman Sri Pulai telah diadakan pada 16 Jun 2013 yang lalu betempat di Padang Bola TSP. Program yang diadakan dua tahu sekali itu telah dirasmikan YB Dr Zaini Abu Bakar.

Sempena karnival berkenaan, Koperasi kariah MIAB telah mengadakan juaalan kurmanya dan telah mendapat sambutan yang hebat apabila pelbagai potongan harga disediakan.



June 11, 2013

GOTONG ROYONG PERDANA 2013

Alhamdulillah, Biro Keceriaan dan Kebersihana MIAB telah mengadakan gotong royong membersih dan mengindahkan kawasan/persekitaran MIAB pada 9 Jun 2013 yang lalu.

Pelbagai pihak baik dewasa, remaja mahu pun kanak-kanak telah mengambil bahagian. Bagi pihak MIAB saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah mengambil bahagian dalam program tersebut. Moga-moga sumbangan bakti yang telah diberikan dinilai Allah sebagai amal jariah yang akan kita perolehi di akhirat nanti, Amin....