Tabung Khairat Kematian




1. PENDAHULUAN

Tabung Khairat Kematian (TKK_MIAB), adalah satu tabung kebajikan yang ditubuhkan dibawah Biro Kebajikan Sosial dan Kebudayaan, Masjid Intan Abu Bakar (MIAB), Taman Sri Pulai, Johor Bahru.

2. OBJEKTIF PENUBUHAN TABUNG KHAIRAT

Tabung khairat ditubuhkan untuk memenuhi objektif berikut:

a)      Menyediakan kos perbelanjaan pengurusan jenazah bila berlaku kematian keatas ahli atau tanggungan ahli dengan kadar yang segera.

b)      Menyediakan peluang kepada ahli kariah untuk sama-sama menyumbang sebagai amalan kebajikan dengan cara membantu saudara seagama yang memerlukan bantuan bila ditimpa musibah kematian.

c)    Mengurus dan mengumpul wang Tabung dengan berkesan dan mengeluarkan wang Tabung kepada pihak berkenaan dengan kadar segera.

3. UNDANG-UNDANG KECIL TABUNG

Kelayakan Menjadi Ahli
Dibuka kepada semua penduduk Islam dalam kariah Masjid Intan Abu Bakar, Taman Sri Pulai yang telah menetap dikawasan ini sekurang-kurangnya TIGA (3) bulan dari tarikh permohonan menjadi ahli.
Tempoh Minima Mendapat Manfaat
Tempoh minima untuk mendapat manfaat atau kemudahan ialah setelah menjadi ahli sekurang-kurangnya sebulan dari tarikh borang pendaftaran.
Tanggungan Ahli
Ahli keluarga terdekat iaitu suami atau isteri, anak atau anak-anak yang belum berumah tangga atau berdikari dan juga kedua ibubapa yang tinggal serumah dengan ahli dan telah didaftarkan didalam borang pendaftaran. Ibubapa yang tidak tinggal bersama-sama dengan ahli tidak layak mendapat manfaat.
Yuran Pendaftaran
Membayar yuran pendaftaran keahlian sebanyak RM10.00 bagi satu keluarga.
Sumbangan Bulanan
Sumbangan khairat untuk seorang ahli adalah RM3.00 (Ringgit: Tiga sahaja) bagi sebulan. Bayaran boleh dibayar secara sekaligus untuk setahun iaitu sebanyak RM36.00 atau secara ansuran samada untuk setiap TIGA (3) bulan sebanyak RM 9.00 atau ENAM (6) bulan sebanyak RM18.00.
Lucut keahlian
Ahli yang tidak membayar yuran khairat melebehi TIGA bulan berturut-turut tanpa sebab yang munasabah, dikira terlucut dari menjadi ahli dan yuran yang telah dibuat tidak akan dikembalikan.
Kemusykilan
Jika terdapat sebarang kemuskilan dari segi tuntutan dan sebagainya perlu dikemukakan kepada AJK secara bertulis. Keputusan AJK adalah muktamad.

4. MANFAAT KEPADA AHLI ATAU WARIS BILA BERLAKU KEMATIAN

Bil
Keperluan
Kadar Bayaran RM*
1
Belanja pengurusan jenazah meliputi urusan mandi, kafan, upah penggali kubur, batu nisan, batu paket keranda, kebersihan dan penanda kubur dan saguhati kepada Imam
650.00*
2
Kos kenderaan jenazah ke tanah perkuburan Kangkar Pulai atau Bukit Alif, Johor Bahru
60.00*
3
Majlis Tahlil berserta kudapan untuk 3 malam berturut-turut yang diadakan di MIAB. Walaubagaimanapun, ahli atau waris boleh mengadakan majlis tahlil di rumah atau tempat lain dengan perbelanjaan sendiri.
150.00
4
Wang Ehsan TUNAI sebagai bantuan segera kepada ahli atau waris.
300.00
5
Pengkebumian waktu malam ( KOS TAMBAHAN ) kepada pihak pengurusan kubur
(100.00)*
JUMLAH KOS KESELURUHAN
                                                       1160.00 
                                                      (1260.00)
6
Pengebumian di luar kawasan:
a)  Ahli atau waris layak mendapat sumbangan tunai RM650.00.
b) Urusan dan bayaran kenderaan jenazah ditanggung oleh ahli atau waris sendiri.

650.00




*Nota: Jumlah kadar bayaran adalah berubah dari masa kesemasa mengikut pihak tanah perkuburan dan pengurusan jenazah

Jadual 1:
Senarai Pegawai Masjid Untuk Dihubungi (apabila Berlaku Kematian)

Bil
Nama
Jawatan
No Telefon
Alamat
1
Tuan Haji Ahmad bin Kasman
Imam 1
07-5272827
8, Jln Pakis 14
2
Shahrim bin Ibarhim
Imam 2
019-7889821
 Jln Pakis 2
3
Tuan Haji Md Hisam bin Hj Md Hussin
Mandi Jenazah Lelaki
013-7282941
07-5272353
27, Jln Rotan 3
4
Tuan Haji Marion bin Hj Shamsudin
Mandi Jenazah Lelaki
07-5272390
2, Jln Pakis 10
5
Puan Hajah Normah bt Hj Yusof
Mandi Jenazah Wanita
017-7307382
07-5271927
27, Jln Pakis 8
6
Puan Hajah Wan Khatijah bt Wan Ahmad
Mandi Jenazah Wanita
07-5271818
23, Jln Batai 3
7
Tuan Haji Ab Aziz bin Haji Abd Manaf
Bendahari
019-7662406
38, Jln Ara 10
8
Wakil Jalan masing-masing
Rujuk Jadual

Jadual 2:
Senarai Ahli Jawatan Kuasa Pengurusan Tabung Khairat Kematian
(Untuk Pendaftaran, Bayaran Yuran dan Penerangan Lanjut)

Bil
Nama
Jawatan
No Telefon
Alamat
1
Tuan Hj Mohd Anuar bin Haji Arshad
Pengerusi
013-7400046
21, Jln Pakis 2
2
Tuan Hj Mohamad Saupi bin Haji Che Awang
Setiausaha
012-7012339
51, Jln Meranti 11
3
Tuan Hj Ab Aziz bin Haji Abd Manaf
Bendahari dan Wakil Jln Ara
019-7662406
38, Jln Ara 10
4
Tuan Hj Md Hisam bin Hj Md Hussin
Wakil Jalan Rotan
013-7282941
07-5272353
27, Jln Rotan 3
5
Tuan Hj Ahmad bin Imbar
Wakil Jalan Ara
012-7126027
24, Ara 10
6
Pn Hajah Rabeah bt Hashim
Wakil Jln Batai
07-5272040
19, Jln Batai 5
7
Pn Hajah Normah bt Md Yusof
Wakil Jalan Pakis 2-7
07-5271927
27, Jln Pakis 8
8
Encik Sukim bin Sahal
Wakil Jalan Pakis 8-15
07-5272632
16, Jln Pakis 3
9
Pn Hajah Maimunah bt Hj Ab Rahman
Wakil Jalan Meranti
07-5206807
44, Meranti 10
10
Pn Hajah Rosnani bt Hj Badri
Wakil Jalan Meranti
07-5205887
52, Meranti 11

BERTINDAK SEBELUM TERLAMBAT

Sila mendaftar atau kemaskini maklumat keahlian dan bayaran yuran dengan kadar segera serta sila dihebah-hebahkan maklumat ini kepada sahabat handai dan jiran tetangga. Semoga Allah S.W.T menerima sedikit usaha kita ini sebagai amalan soleh disisiNya. InsyaAllah.

Wassalam.