October 30, 2012

AKTIVITI QURBAN 1433H/2012m

Aktiviti qurban pada tahun ini telah berlansung selama dua hari. Pada hari raya pertama, Jumaat 26 Oktober 2012 sebanyak 3 ekor kambing telah dikorbankan dan 2 ekor kambing untuk aqiqah telah disempurnakan. Pengerusi, Dr Karim Deraman telah menyembelih kelima-lima ekor kambing tersebut.


 

 

 



Sementara itu, sebanyak 7 ekor lembu pula telah disembelih pada hari raya kedua, Sabtu 27 Oktober 2012. Penyembelihan lembu bermula jam 8.30 pagi dan tamat dengan pembungkusan daging jam 12.30 tengahari. Daging-daging di agih-agihan kepada penduduk Taman Sr Pulai dan sebahagiannya kepada pelajar luar negara UTM.

















October 27, 2012

IFTAR JAMA'I HARI ARAFAH 1433H/2012M

Alhamdulillah, sekitar 30 orang ahli kariah MIAB telah sama-sama datang dan mengadakan Iftar Jama'i (berbuka puasa secara berjemaah) di MIAB pada Hari Arafah (petang Khamis) 9 Zullhijjah 1433H bersamaan 25 Oktober 2012. Mereka sama-sama solat maghrib berjemaah dan kemudiannya makan jamuan nasi yang disediakan selepas solat maghrib.

InsyaAllah, pihak MIAB akan menganjurkannya lagi di tahun-tahun akan datang. JIka berkemampuan dan ada ahli kariah yang membantu, pihak kami juga akan mengadakan Iftar Jama'i Puasa Sunat 6 hari bulan Syawal.....

October 20, 2012

KULIAH MAGHRIB USTZ IZHAR ARIF MOHD KHASIM

Alhamdulillah, pada Jumaat 19 Oktober lau, Ustaz Izhar Arif bin Mohd Khasim telah berkunjung ke MIAB dan telah mengadakan ceramah maghrib. Beliau yang merupakan pensyarah di Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam UKM adalah merupakan panelis tv9 dalam Program Tanyalah Ustaz.


Dalam kuliahnya beliau telah menerangkan 3 daripada 10 perkara yang boleh menyebabkan seseorang itu dekat dengan Allah.

October 18, 2012

KURSUS PEMANTAPAN KOPERASI DAN TAKLIMAT KOPSYA

Hj Ahmad Imbar dan Hj Kamaruzaman Salikun telah menghadiri Kursus pemantapan koperasi anjuran Angkatan Koperasi Kebangsaan (angkasa) di Hotel Katerina Batu Pahat. Program yang berlangsung pada 13 Oktober 2012 turut dihadiri beberapa koperasi yang baru ditubuhkan dariapada negeri Melaka dan Negeri Sembilan.

Sementara itu pada 14 Oktober 2012 pula, Dr Karim Deraman bersama mereka berdua telah sama-sama menghadiri Taklimat Koperasi Pembiyaan Syariah (Kopsya) Angkasa  ditempat yang sama.

October 6, 2012

KULIAH SUBUH 6 DAN 7 OKTOBER 2012

Ustaz Mifthahuddin bin Kamil daripada Aman Palestin Kuala Lumpur telah datang ke MIAB pada Sabtu 6 Oktober 2012. Beliau telah menceritakan tentangkeadaan umat Islam Palestin sebelum diserang tentera Israel sebelum tahun 2008 lalu dan selepasnya.  Daripada keadaan yang berlaku, sudah menjadi kewajipan umat Islam seluruh dunia dan tidak terkecuali negara kita juga perlu menolong umat Islam Palestin membebaskan tanah air umat Islam yang diberkati seperti mana penegasan al-quran. Sejarah membuktikan bahawa Khalifah Umar al-Khattab dan Salahudin al-Ayyubi, keduanya bukan penduduk asal Palestin telah berjaya membebaskan Palestin.

Dakhir kuliahnya, beliau telah memaparkan statistik penyeluran sumbangan wang yang dikumpulkan oleh Aman Malaysia kepada rakyat Palestin.


Sementara itu, kuliah subuh pada 7 Oktober pula telah disampaikan oleh Ustaz Fauwaz bin Fadhil Nor. Dalam kuliahnya beliau menjelaskan peri pentingnya .....




October 4, 2012

FORUM PERDANA: ERTI PENGORBANAN

Alhamdulillah, pada 3 Okt lalu telah berlangsung Forum Perdana bertajuk Erti Pengorbanan selepas solat maghrib. Dua orang ahli Panel yang terdiri daripada Tuan Guru Hj Muhammad Ghazali bin Haron, Timbalan Yang DiPertua Majlis Agama Islam Narathiwat, Thailand dan Ust Mohd Rifqi bin Myidin, Guru Agama Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Universiti 1 merangkap Imam Masjid Jamek Tan Sri Ainudin Wahid Taman Universiti. Moderator ialah Ustaz Anuar bin Husin, Pengetua Maahad Tahfiz Sidi Ibrahim, Johor Bahru.