December 28, 2011

Taklimat AJK Masjid/Surau Daerah Kulaijaya

Pengerusi MIAB Dr Karim Deraman, Setiausaha Naam Parlan, Penolong Setiausaha Hj Kamarzaman Salikun bersama 2 orang Ahli Jawatan Kuasa Hj Ahmad Imbar dan Hj Mohd Tahir telah mengadiri Taklimat AJK Masjid dan Surau Kariah Daerah Kulaijaya bertempat di Masjid Lapangan Terbang Sultan Ismail, Senai pada 28 Disember 2011. Seramai 50 orang AJK masjid dan surau Daerah Kulaijaya telah berkesempatan masa mengambil bahagian.

 

 

Majlis yang bermula jam 8.30 pagi hingga solat zohor tersebut telah membincangkan dua kertas kerja. Kertsa kerja pertama berkaitan Tatacara Permohonan Kebenaran Pungutan Derma Masjid/Surau oleh Ustaz Hj Mohd Noh bin Kadri, Kadi Daerah Johor Bahru manakala kertas kerja kedua pula bertajuk Senarai Tugas dan Tanggungjawab Serta Panduan Aktiviti Biro-Biro Jawatankuasa Masjid dan Surau oleh Al-Sheikh Hj Fahmi A Samad, Kadi Daerah Kulaijaya.





Diakhir taklimat, para peserta telah dipecahkan kepada dua kumpulan untuk membuat rumusan ke atas kertas kerja yang dibincangkan dengan Kumpulan A merumuskan kertas kerja pertama dan Kumpulan B  kertas kerja kedua. Dr Karim Deraman, Hj Ahmad Imbar dan Hj Mohd Tahir diletakkan dalam Kumpulan A manakala En Naam Parlan dan Hj Kamarzaman Salikun pula diletakkan dalam Kumpulan B.

Bertemu rakan lama, Hj Shaari bin Chin Bilal Masjid Lapangan Terbang Senai



December 20, 2011

Muzakarah Imam Peringkat Daerah

Hj Ahmad Kasman Imam 1 dann En Shahrim Ibrahim Imam 2 telah menghadiri muzakarah Imam peringkat Daerah di Masjid Putra.  majlis yang telah diadakan pada 19 Disember 2011 tersebut telah membincangkan beberapa isu. Antaranya;

December 11, 2011

PROGRAM KHATAN BERAMAI-RAMAI

Alhamdulillah, Program Khatan Beramai-ramai anjuran MIAB telah selamat dilaksanakan dengan jayanya pada 10 Disember 2011. Peserta mula mendaftar dan diberikan nombor masing-masing seawal pukul 7.45 pagi. Bilangan peserta yang mengambil bahagian berjumlah seramai 17 orang dan terbuka bukan sahaja kepada ahli kariah Taman Sri Pulai malah disertai juga daripada kanak-kanak di luar kariah Taman Sri Pulai.

Peserta di arak dengan bunga manggar dan paluan Kumpulan Kompang MIAB daripada pintu masuk ke perkarangan MIAB. Kemudian, peserta di siram dengan air hingga basah kuyup semuanya.




 



 




 



 

Sementara itu,  Majlis Bacaan Yasin, Solat Hajat,  Doa Selamat dan Penyampaian Sumbangan kepada kanak-kanak yang mengikuti program tersebut telah berlangsung pada Khamis malam Jumaat 8 Disember lalu.

 






Senarai peserta yang mengikuti program berkhatan kali ini adalah seperti mana jadual berikut:
BIL
NAMA
ALAMAT
UMUR (TH)
1
Ahmad Amin Azfar bin Mohd Sharif
Blok A3, Pangsapuri Jentayu, Bandar Baru Kangkar Pulai
7
2
Ahmad Amir Amzar bin Mohd Sharif
7
3
Mohamad Haiqal bin Muhamad Noh
1,  Jln Pakis 15
11
4
Mohd Irwan Shah
16, Jln. Ara 1
6
5
Muhamad Amirul Haiqal bin Hasrizal
64, Jln. Ara 6
9
6
Muhamad Amirul Syazwan bin Hasrizal
10
7
Muhamad Arif bin Sazali
63, Jln Batai 5
7
8
Faroq Muhammad
28, Jln. Batai 3
8
9
Muhammad Danish Irsyad bin Zaidi
35, Jln Batai 6
10
10
Muhamad Fuaizi bin Mohsin
-
11
11
Abdul Mateen Lutfi bin Mohsin
-
9
12
Abdul Muhaimin bin Mohsin

7
13
Mohamad Hazziq Haikal bin Ismail
4, Jln Lumpit, Tmn Teratai
12
14
Muhammad Shahrulnizam bin Harun
6, Jln Pakis 5, TSP
12
15
Muhammad Azizul Hakim bin Mohd Latfi
23, Jln P1 6/9 Tmn Pulai Indah
11
16
Nuhammad Habibul Alim bin Mohd Latfi
9
17
Abdul Sobur bin Karim
86, Jln Batai 5, TSP
5