August 31, 2011

UCAPAN SELAMAT HARI RAYA

Terlebih dahulu, saya ucapkan selamat hari raya kepada semua ahli kariah dan semua penjengok blog ini. Saya memohon maaf jika kedapatan salah faham, salah laku atau kelemahan sama ada yang sengaja mahu pun tidak disengajakan semasa mengendalikan MIAB dan semasa bermuamalah dengan semua. Anggaplah bahawa teguran yang kami buat adalah semata-mata untuk kebaikan semua pihak yang memakmur dan menggunakan masjid kita.

Syukurlah kita kepada Allah kerana telah memberikan nafas untuk kita telah selamat menjalani madrasah ramadhan bagi tahun 1432H ini. Selama sebulan kita telah melaksanakan segala ibadat sama ada wajib mahu pun sunat dengan jayanya. Kita berjemaah lima waktu di masjid, berpuasa ramadhan, solat sunat tarawih, solat malam, solat witir, bacaan dan khatam sebuah al-quran, bersedekah semaksimumnya dan sebagainya.

Pendek kata sebulan ramadhan kita sanggup melaksanakan itu semua demi mematuhi dan melaksanakan perintah dan suruhan Allah. Persoalannya, mampukah kita jelmakan suasana tersebut selepas ramadhan ini? Kalau kita beramal kerana ramadhan semata-mata, insaflah bahawa ramadhan telah berlalu. Kalau kita beramal kerana sesuatu yang bersifat makhluk, ingatlah bahawa makhluk itu akan binasa. Tetapi yang kekal dan akan mengekalkan amalan-amalan tersebut apabila kita beribadat KERANA ALLAH. Oleh itu, marilah kita memperbetulkan niat kita jika kedapatan nawaitu ibadat kita yang kurang menepati natijah kedatangan ramadhan yang telah pun berlalu.

Marilah kita sama-sama jelmakan semangat ramadhan yang kita telah lalui itu untuk bulan-bulan mendatang. Kita penuhi segala aktiviti wajib mahu pun sunat serta pelbagai aktiviti yang bakal kita laksanakan di masjid kita. Moga-moga kita sama-sama menjadi insan taqwa seperti mana yang dikehendaki oleh puasa ramadhan tahun ini....

August 27, 2011

Hadiri Majlis Khatam Quran Daerah Kulaijaya

Majlis Khatam Quran peringkat Daerah Kulaijaya telah berlangsung pada Rabu 24 Ogos 2011 lalu di Masjid Senai Airpot. Seramai tiga orang wakil daripada MIAB telah menghadirinya iaitu Dr Karim Deraman (Pengerusi MIAB), Hj Ahmad bin Kasman (Imam I) dan Tn Hj Nohd Noh (ahli kariah MIAB).



MAJLIS KHATAM QURAN, SUMBANGAN FAKIR/MISKIN, PELAJAR CEMERLANG DAN BERBUKA PUASA PERDANA

Majlis tersebut telah berlangsung dengan jaya pada Khamis 25 Ogos 2011. Majlis bermula dengan khatam al-quran jam 5.40 petang, diikuti dengan penyampaian sumbangan kepada seramai 21 orang fakir miskin sekitar Taman Sri Pulai, sumbangan cenderahati kepada peserta tadarusl al-quran dan sumbangan pelajar cemerlang SPM tahun 2010 iaitu adik Abdul Aziz bin Karim dan adik...... Kemudian tahlil ramadhan dan tazkirah ringkas disampaikan Ustaz Syed Abdul Kadir bin Syed Muhammad, Imam Daerah Kulaijaya yang mewakili al-Sheikh Ustaz Hj Fahmi A Samad, Kadi Daerah Kulaijaya. Hadir sama ialah Tuan Hj Hasan Mohamad, Penyelaras Masjid Daerah Nusajaya. Selepas solat maghrib diadakan jamuan makan berbuka puasa perdana.
Sebanyak tiga kumpulan dewasa, dua kumpulan wanita dewasa dan satu kumpulan remaja lelaki telah mengambil bahagian dalam tadarus sepanjang ramadhan yang lalu.

Suasana Majlis Khatam Quran.


Majlis penyampaian sumbangan saguhati kepada peserta tadarus

Wakil pelajar Cemerlang SPM 2010 Abdul Aziz bin Karim 
tampil untuk menrima cenderahati

Seramai tiga puluh orang fakir dan miskin telah mendapat sumbangan mereka iaitu,

Sebahagian penerima bantuan



Tazkirah ringkas Ustaz Syed Abdul Kadir Syed Mohamad
sebelum berbuka puasa


Jamuan makan berbuka puasa perdana selepas solat maghrib


August 15, 2011

MISI BANTUAN KEMANUSIAAN KE GAZA 20 RAMADHAN/OGOS

Kuliah subuh pada 14 Ogos lalu telah disampaikan oleh Prof Madya Dr Mohd Zin bin Kandar, Ketua Misi Kemanusaaan Ramadhan Aqsa to Gaza 2 melaui NGO Aqsa al-Syarif. Beliau yang juga Pensyarah di Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia telah menceritakan tentang tujuan pemergian beliau ke sana selama seminggu bemula 20 hingga 28 Ogos ini dan projek-projek bantuan yang akan bakal dilasanakan.

Katanya, terdapat beberapa projek bantuan baru dan dua jenis bantuak khusus dalam misi sempena Ramadhan kali ini. Antaranya melibatkan bantuan anak yatim dan keluarga miskin, projek ternakan lembu dan keju, projek ternakan ikan air tawar, pembianaan kilang roti, pembinaan sekolah dan Makmal Sains Universiti Islam Gaza, bantuan kewangan mikro kepada peniaga-peniaga kecil, bantuan ubat-ubatan, bantuan bag-bag sekolah, makanan dan mengajurkan majlis berbuka puasa kepada pelarian Palestin.

Untuk melaksanakan tugas berat sepertimana yang diutarakan di atas agar kaum Yahudi dapat dinyahkan daripada bumi Palestin dan negara mereka dapat ditegakkan, Agsa al-Syarif telah terpanggil untuknya. Oleh yang demikian, sumbangan ikhlas semua pihak amat diperlukan dan boleh disalurkan melalui akaun Maybank Islamik 5515-7500-4299, Bank Islam 1209-2010-0349-04 atau CIMB Iaslamik 1216-0000-4521-01 (tabung akaun pengurusan). Sasaran kewangan untuk di bawa ke sana kali ini, kata Dr Zin, adalah berjumlah RM1 juta.

Untuk maklumat lanjut mengenai misinya boleh dicapai melalui LINK kami ke http://aqsa2gaza2.blogspot.com/

 




 Projek kilang roti RM630,000 yang telah dibina

Bantuan anak yatim

 Projek ternakan lembu tenusu


August 12, 2011

MIAB Dapat Kereta Jenazah

Syarikat Prima Sierra Chemicals Sdn Bhd di Taman Universiti, Johor Bahru iaitu sebuah syarikat yang terlibat dengan membekalkan bahan kimia untuk memproses minyak petrolium mentah  telah menyumbang sebuah kereta Toyota Hiache kepada MIAB. Kereta tersebut telah diubah suai untuk dijadikan kereta jenazah.

Majlis penyerahan gran kereta berlangsung secara ringkas pada pagi Jumaat 12 Ogos 2011 dan disempurnakan wakil syarikat tersebut, Prof Dr Wan Azeele bin Abu Bakar. Pengerusi MIAB, Dr Karim Deraman telah menerimanya bagi pihak Masjid Intan Abu Bakar, Taman Sri Pulai. Turut menyaksikan penyerahan tersebut ialah Tn Hj Farhan Chua Abdulah dan En Abdul Aziz bin Abdul Kadir (Syarikat Prima Sierra Chemicals Sdn Bhd), dan Tn Hj Ahmad bin Imbar (AJK MIAB).

Bagi pihak MIAB, Dr Karim Deraman mengucapkan berbanyak terima kasih di atas sumbangan tersebut dan mendoakan moga-moga sempena bulan penuh barakah ini, Syarikat Prima Sierra Chemicals Sdn Bhd akan lebih berdaya maju dan akan menjadi kebanggaan ummah.

Penyerahan gran kereta oleh Prof Dr Wan Azeele Wan Abu Bakar
kepada Dr Karim Deraman.



 

August 10, 2011

Sertai Tadarus di Kediaman MB Johor

Seramai tiga orang peserta yang diketuai Imam Ahmad bin Kasman telah mewakili MIAB ke tadarus di Saujana Kediaman MB Johor, YAB Dato' Abdul Ghani Othman pada 9 Ogos 2011 lalu.

August 4, 2011

Solat Tarawih Di Pimpin Imam Tahfiz

Alhamdulillah, tahun ini merupakan tahun ketiga MIAB menggunakan khidmat Imam Tahfiz untuk mengimamkan solat tarawihnya. Disamping Imam Mohd Ismail bin Hj Mahmud, sdr Uzlan bin Abdul Rahim pelajar sekolah Tahfiz daripada Jogjakarta telah bertugas untuk solat tersebut.

Moga-moga ahli qariyah MIAB berpuas hati dengan perkhidmatan mereka.

August 1, 2011

PERLANTIKAN AHLI JAWATAN KUASA MIAB SESI 2011-13

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor melalui mesyuaratnya yang diadakan pada 28 April 2011 lalu telah bersetuju melantik senarai Ahli Jawatan Kuasa MIAB bagi sesi 2011-13 seperti mana berikut:

Pengerusi: Dr Karim bin Deraman
Timbalan Pengerusi: Hj Yusuf bin Daud
Setiausaha: En Naam bin Parlan
Penolong Setiasaha: Hj Kamarzaman bin Salikun
Bendahari: En Abdul Hanan bin Md Basri

Ahli Jawatan Kuasa:
1. Hj Mohd Said bin Roslan (Ketua Biro Pembangunan dan Ekonomi)
2. Hj Ahmad bin Imbar (Ketua Biro Pendidikan dan Dakwah)
3. Hj Mohd Anuar bin Arshad (Ketua Biro Kebajikan, Sosial dan Kebudayaan)
4. En Masek bin Sulaiman (Ketua Biro Kebersihan dan Keceriaan)
5. Hj Ahmad bin Kasman (Ketua Biro Pengimarahan Masjid/Surau)
6. Hj Kamarudin bin Hamat (Ketua Biro Penerbitan dan Teknologi Maklumat)
7. Hjh Rabeah bt Hj Hashim (Ketua Biro Hal Ehwal Wanita)
8. En Sabri bin Ahmad (Ketua Biro Rakan Muda)
9. En Shahrim bin Ibrahim (Ketua Biro Keselamatan dan Sukarelawan)
10. Hj Mohd Tahir bin Abdullah (Ketua Biro Pengurusan Aset dan Prasarana Masjid/Surau)

Pemeriksa Kira-Kira:
1. Hj Mohd Salleh bin Hashim
2. Saruan bin Sohadi.