June 28, 2012

GOTONG ROYONG PERDANA TAHUN 2012

Sebagaimana biasa, sebelum menyambut Ramadhan, pihak MIAB telah mengadakan gotong royong perdana pada pagi 24 Jun 2012. Program berkenaan telah mendapat kerjasama beberapa pihak. Majlis yang bermula jam 8.30 pagi hingga 12 tengahari itu telah melibatkan kerja2 membersih kipas/cermin ruang solat utama, membersih dan menyisihkan quran/yasin yang telah usang/rosak/terkoyak, membersih longkang, membaik pulih/welding gril besi penutup longkang, membersih/menyisih alatan lama ruang pejabat imam dan dewan serbaguna, dan juga mengecat dewan serba guna masjid.

Sekitar 50 orang petugas daripada pelbagai agensi seperti KRT Jalan Batai, ABM, Pejabat Kesihatan Daerah Kulaijaya, Squad Anti Denggi Sekolah Menengah Kebangsan Damai Jaya, SWM dan ahli kariah masjid telah mengambil bahagian.

Tenaga bantuan daripada ABM

Skuad Anti-Denggi daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Selesa Jaya


Sarapan pagi


Ucapan aluan oleh En Sabri Ahmad Pengerusi KRT Jalan Batai 
merangkap AJK Masjid



Membersih cermin

Memilih al-quran dan surah yasin yang rosak untuk
dihantar ke Pejabat Agama Kuliajaya untuk dilupuskan

Mengecat bangunan pejabat masjid


Memasak makan tengahari

Jamuan makan tengahari


En Sabri bersama En Ragunathan, Penolong Pegawai Kesihatan Kulaijaya

June 26, 2012

KULIAH SUBUH USTAZ UBAIDILAH BIN ALIAS

Ustaz Ubaidillah bin Alias, Editor Majalah Al-Ustaz dan GenQ telah bertandang ke MIAB pada 24 Jun lalu. Beliau telah menyampaikan kuliah subuh dan telah membincangkan tentang sifat-sifat yang harus dipunyai muslim apabila mencintai Rasulullah SAW.

Beberapa persoalan asas dikemukakan... Bolehkah dikatakan kita mencintai Rasulullah sedangkan kita tidak melaksanakan hukum hakam yang dibawanya? Apakah boleh dikatakan kita mencintai Rasulullah sedangkan makan dan minum kita tidak mengikut sunnahnya? Apakah ada diantara kita dirumahnya ada makanan sunnah seperti susu kambing, tamar atau madu? Apakah kita telah melaksanakan amalah sunnah yang ditinggalkan baginda? Dan banyak lagilah persoalan2 yang beliau kemukakan.....

Katanya, meskipun sekecil mana sekalipun amalan sunnah, ianya tetap mempunyai kebaikan jika ianya diamal atau dilakukan Rasulullah... Marilah kita mengamalkan amalan sunnah yang telah ditinggalkan baginda jika kita mengaku cinta dan sayang kepada baginda.


June 20, 2012

Kuliah Subuh Ustaz Hj Ahmad Hanif bin Naim

Kuliah berkenaan yang telah disampaikan oleh Ust Hj Ahmad Hanif bin Naim daripada Jabatan Agama Johor pada 17 Jun 2012. Beliau telah menyentuh tentang Israk dan Mkraj Nabi Muhammad SAW pada 27 Rejab.

 



June 14, 2012

PROGRAM RIADAH KUMPULAN KOMPANG

Kumpulan kompang MIAB telah mengadakan program berkenaan selama dua hari bermula 9 dan 10 Jun 2012 yang lalu di Endau Beach Resort, Pantai Penyabung. Seramai 10 orang daripada 20 orang kumpulan kompang telah dibawa ke sana dengan menaiki 2 buah van yang di ketuai oleh En Sabri, Ketua Biro Rakan Muda dan Rekreasi MIAB.