Sejarah

Masjid Intan Abu Bakar terletak di Taman Sri Pulai yang kira-kira 25 km daripada Bandaraya Johor Bahru. Pembiaannya bermula pada 6 Julai 1991 dan siap sepenuhnya pada 15 Jun 1992 menelan belanja sekitar RM240,000. Sebahagian besar kos pembinaan diwakafkan oleh keluarga dermawan daripada Singapura Hj Mohamad bin Abu Bakar dan telah di rasmikan oleh Dato' Hj Hasbullah bin Abdul Razak, Kadi Besar Negeri Johor pada 9 September 1992.

Tahukah anda mengapa masjid ini dinamakan dengan Masjid Intan Abu Bakar (MIAB) dan bukannya Masjid Abu Bakar untuk mengambil sempena nama keluarga pewakaf? Nama Masjid Abu Bakar (masjid kami) seperti mana dicadangkan tidak diluluskan memandangkan telah ada masjid bersejarah Masjid Abu Bakar di Johor Bahru. Dengan yang demikian, nama INTAN (nama timang-timangan nama Hj Abu Bakar) telah dimanjukan kepada Pejabat Agama dan diluluskan.

Berikut adalah kronologi penubuhan Masjid Intan Abu Bakar.

Bil.
Tarikh
Peristiwa
Catatan
1
10.10.1988
Persetujuan daripada Jawatankuasa penduduk untuk mendirikan masjid
Permohonan kali-1 kepada Jabatan Agama Johor
2
26.11.1988
Jabatan Agama Johor menberikan kelulusan dengan syarat tapak perlu dirizabkan terlebih dahulu
Rujukan (2) dlm.KBJ. M/JB/14
3
04.02.1989
Penubuhan Jawatankuasa Penaja  melalui Mesyuarat Agong Pertama -mohon kelulusan pembinaan masjid kepada Jabatan Agama Johor
Kutipan terkumpul sebanyak RM19,130.50
4
10.02.1991
Mesyuarat Agung Jawatankuasa Penaja kali ke-2
Kutipan terkumpul sebanyak RM23,314.19
5
20.02.1991
Surat memohon kebenaran untuk mendirikan  masjid
Permohonan kali-2 kepada Jabatan Agama Johor
6
11.03.1991
Jabatan Agama Johor membenarkan dengan syarat tanpa peruntukan kerajaan
Rujukan J.2/61/(8)
7
09.05.1991
Terima surat akuan wakaf daripada waris Tuan Hj Muhammad bin Abu Bakar dari Singapura. Jumlah wakaf sebanyak RM100,000.00 dan bertambah kepada RM240,000.00.
Jawatankuasa penaja bersetuju dengan tawaran tersebut atas nasihat Kadi Daerah Johor Bahru
8
26.05.1991
Kerja penentuan arah Kiblat oleh Jabatan Agama Johor


05.07.1991
Majlis pecah tanah


06.07.1991
Kerja-kerja pembinaan masjid bermula

9
18.07.1991
Jawatankuasa penaja memohon tapak masjid ditukar dengan tapak sekolah agama Taman Sri Pulai
Lot asal PTD:29536 bertukar kepada Lot PTD:29624

22.01.1992
Permohonan menukar tapak diluluskan oleh Pejabat Tanah Daerah dan Pengelola Sekolah Agama Daerah.
Rujukan (16)dlm.KJB(PENT)(M)4/1/96

15.06.1992
Kerja-kerja pembiayaan masjid siap sepenuhnya

11
30.06.1992
Mohon kelulusan mendirikan solat jumaat dari Jabatan Agama Johor

12
09.09.1992
Perasmian masjid oleh Dato’ Hj. Hasbullah bin Hj Abd. Razak, Kadi Besar negeri Johor
Serentak dengan sambutan Maulidur Rasul
13
16.09.1992
Permohonan tauliah sebagai Imam 1 diluluskan dan solat jumaat kali-1 dilaksanakan
Rujukan (23)dlm.KJB(PENT)(M) 4/1/96
14
27.10.1992
Jawatankuasa penaja pembinaan masjid dibubarkan dengan rasminya
Digantikan dengan Jawatankuasa pentadbir Masjid Intan Abu Bakar 

Dari segi pentadbirannya,  MIAB telah dkendalikan oleh beberapa orang pengerusi. Bermula tahun 1992 hingga 1999, Tn Hj Zakariya Abd Rasip telah menjadi pengerusi pertama. Kemudian, Tn Hj Md Nor Salleh pula telah mengambil alih tugas tersebut dan melepaskan jawatan tersebut kepada Prof Madya Dr Karim Deraman pada Jun 2010 atas sebab kesihatan.