May 15, 2014

Sumbangan Makanan Kepada Fakir/Miskin daripada Jabatan Agama Johor

Pada 14 Mei 2014 lalu, telah berlangsung majlis penyampaian sumbangan berupada makanan asas seperti beras, gula, dan lain-lain telah sempurna diadakan selepas solat isyak. Beberapa orang penduduk fakir dan miskin kariah MIAB telah menerimanya daripada Ustaz Mustafayuddin daripada Jabatan Agama Johor. Ust Khudairi daripada Pebajat Agama Daerah Kulaijaya turut hadir.

Sebelum itu Ust Mustafayuddin telah memberikan tazkirah mengenai kepentingan wakaf.