March 26, 2014

Kuliah Maghrib Ustaz Dr Zaharudin Abdul Rahman

Pada 25 Mac lalu, Ustaz Dr Zaharudin Abdul Rahman telah mengunjungi MIAB dan telah menyampaikan kuliah maghrib.








Dalam kuliah tersebut beliau menyentuh tentang akal.... Katanya, menurut Imam al-Jauzi, akal boleh menambahkan keimanan seseorang dan akal juga boleh menyesatkan. Dengan sebab itu Allah menurunkan al-Quran dan Nabi Muhammad SallalLahu 'Alaihi Wasalam sebagai panduan kepada akal agar seseorang itu tidak tersesat daripada jalan kebenaran.

Kekadang katanya, akal ini digunakan dengan sewenang2nya. Mereka berbicara mengenai agama tanpa ilmu (islam) yang sebenar dan daripada alim ulamak yang berotoriti. Mentafsir al-Quran tidak dengan kaedah dan mendalami bahasa Arab...

Akal boleh menyesatkan, kerana sampai satu tahap iblis akan menggoyangkan keyakinan seseorang. Jika ditanya, siapa yang jadikan langit, akal boleh jawab, Allah... Siapa jadikan kita, akaw jawab Allah,... Siapa jadikan Allah, akal tak boleh jawab... maka ketika itulah iblis mainkan peranan jika kita jahil agama..

March 16, 2014

Karnival RasululLah (SallalLahu Alaihis Salam) Inspirasiku

Alhamdulillah buat julung kalinya dambutan maulidul Rasul pada tahun 1435H ini yang bertemakan Rasulullah Inspirasiku dilaksanakan selama tiga hari dua malam bermula Khamis malam Jumaat 13 Mac hingga 15 Mac 2014.


March 10, 2014

Solat Hajat Mohon Keselamatan Mangsa Nahas MH370

Alhamdulillah, selepas menyampaikan kuliah tafsir Isnin malam Selasa, Ust Mohd Riqqi bin Myiddin telah mengimami solat hajat memohon kepada Allah supaya menurunkan lagi sifat Rahmannya kepada mangsa nahas kapal terbang MAS yang menaikai pesawat MH370 ke Beijing pada malam Ahad yang lalu.


March 7, 2014

Solat Sunat Istisqa'

Buat julung kalinya, solat sunat istisqa' telah diadakan di perkarangan Sekolah Agama Taman Sri Pulai selepas Kuliah Subuh Ust Abd Halim Shah Jumaat 7 Mac 2013. Beliau telah memimpin solat berkenaan dan menyampaikan khutbah selepasnya.

Alhamdulillah, dianggarkan sekitar 200 orang jemaah muslimin dan muslimat telah mengambil bahagian. Jamuan ringan disediakan kemuduiannya.











March 1, 2014

Kuliah Subuh Ustaz Dr Abdullah Khairi

Pada 28 Februari 2014 lalu, Ustaz Abdullah Khairi telah memberikan kuliah subuh di MIAB. Beliau telah menghuraikan antara ciri-ciri orang yang memakmurkan masjid dan orang-orang yang mendapat petunjuk.

Katanya, umur tidak menjadi penghalang untuk mendapat ilmu (agama) walau pun kita sudah dihujung usia. Jika orang yang benar-benar nak dapat ilmu maka kita seharusnya datang kemajlis-majlis ilmu sama ada di masjid atau di mana saja dengan membawa kitab, buku catatan dan pen. Catat segala ilmu yang diajar dan ianya, InsyaAllah akan bermanfaat untuk kita.