August 12, 2016

August 10, 2016

PERKEMBANGAN PEMBINAAN MIAB YANG BARU



Msyrt Pembinaan pada 9 Ogos 2016 bersama JCrb, Pej Agama, Majlis Agama, Perunding (Penilaian Bahan, Kejuruteraan, dll), Kontraktor berlangsung di MIAB dengan dipengerusikan Datuk Aziz, ICU

July 31, 2016

JAMUAN HARIRAYA PENDUDUK TAMAN SRI PULAI

Seperti mana tahun2 sebelumnya, jamuan hari raya peringkat Taman Sri Pulai telah diadakan pada 30 Julai 2016 bertempat di Padang Permainan Jalan Meranti. KRT Jalan Pakis A telah menjadi pengerusi sambutan dengan sokongan semua KRT di Taman Sri Pulai, Masjid Intan Abu Bakar dan beberapa NGO lain. Ahli Majlis MPJBT, Hj Mohd Farid bin Naim telah menyempurnakan majlis berkenaan.



July 9, 2016

MAJLIS BERBUKA PUASA PERDANA, PENYAMPAIAN SUMBANGAN DUIT KEPADA FAKIR MISKIN, ANAK YATIM DAN MAJLIS KHATAM QURAN

Berbagai aktiviti berlangsung d MIAB sepanjang bulan ramadhan yang baru berlalu. Setiap hari MIAB menyediakan juadah berbuka puasa dan tahlil ramadhan sebelum majlis berbuka puasa. Pada sebelah malamnya, selepas solat terawih dan witir, baberapa kumpulan ahli kariah yang terdiri daripada kanak-kanak (remaja), orang lelaki dan wanita dewasa telah menjayakan majlis tadarus quran. Setiap hari sabtu pula, MIAB ada menyediakan dua periok bubur lambuk.

Selain majlis harian tersebut, pada 25 Ramadhan 1437 bersamaan 1 Julai 2016, MIAB telah mengadakan majlis penyampaian sumabangan kepada fakir/miskin dan anak yatim (sebelum berbuka puasa), majlis berbuka puasa perdana dan majlis khatam quran selepas solat terawih/witir.









July 5, 2016

KHIDMAT IMAM HAFIZ SEPANJANG RAMADHAN 1437H @ 2016

Seperti mana biasa, MIAB telah mendapat khidmat imam tahfiz untuk mengendalikan solat tarawih sepanjang ramadhan pada tahun 1437 H / 2016M. Mereka ialah Abdul Qayyum bin Karim, Abdul Muhaimain bin Karim, Abdul Halim bin Karim dan Dr Md Hamzaini Azrol bin Md Baharudin.



June 16, 2016

MAJLIS PENYERAHAN TAPAK DAN TAKLIMAT PEMBINAAN MASJID BARU

Pada 14 Jun 2016 yang lalu telah berlansung program di atas di Tapak Baru Masjid Intan Abu Bakar diatas tanah seluas 4 ekar bersebalahan Dewan Raya Taman Sri Pulai. Pada masa kini tanah tersebut menempatkan tapak semaian Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT).

Selain daripada taklimat tersebut, Pentadbir Tanah Kulai, telah menyerahkan geran tanah berkenaan kepada Tuan Kadhi Daerah Sheikh Hj Fahmi A Samad.

















May 29, 2016

MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN WARGA EMAS MELEBIHI 70 TAHUN

Satu majlis penyampaian sumbangan kepada warga emas yang berumur melebihi 70 tahn telah diadakan pada Jumaat 26 Mei 2016. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Tuan Pegawai Daerah Kulai, Tuan Abdul Alim bi Abdul Shukor, Penghulu Kanan Daerah Kulai Tn Hj Zaihan, Penggerak Masjid Zon Senai-Kulai, Tn Hj Sahaari bin Chin dan Ketua Kampung Rangkaian Ulu Choh, En Abas bin Osman.







May 10, 2016

TAKLIMAT PEMILIHAN AHLI JAWATANKUASA SESI 2013-2016

Pejabat Agama Daerah Kulai telah mengadakan taklimat pemilihan AJK Masjid dan Surau untuk sesi 2013-2016 pada 8 Mei 2016 bertempat di Dewan Masjid Senai Aiport bermula jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengahari.  Taklimat yang diberikan oleh Us Hj Mohamad Faizal bin Mohamad, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Johor itu telah dihadiri Dr Karim bin Deraman, Pengerusi MIAB dan En Naam bin Parlan, Setiausaha MIAB.

March 21, 2016

QIAMULLAI PERINGKAT DAERAH KULAI DI MAIB

Pada 19 Mac 2016 yang lalu telah berlangsung program qiamullai peringkat daerah Kulai di MIAB. Program yang bermula jam 3.30 pagi utu dihadiri Tn Hj Abdul Alim bin Abd Syukor, Pegawai Daerah Kulai, Tn Hj Fahmi A Samad, Kadi Daerah Kulai, Tn Hj Hasan Muhammad, Penyelaras Masjid/Surau Daerah Kulai dan baberapa orang Pejabat Daerah dan Pejabat Agama Daerah Kulai. Selepas solat subuh, Tn Kadi telah menyampaikan kuliah subuh.