April 13, 2015

KUNJUNGAN YB DR ZAINI ABU BAKAR KE MIAB

Pada hari Jumaat 10 April 2015 pula ADUN Nusajaya YB Dr Zaini bin Abu Bakar telah singgah bersembahyang Jumaat di MIAB. Beliau bersama pembantunya telah bertanya khabar tentang keadaan semasa MIAB dan perkembangan pembinaan masjid baru.

Di akhir lawatan, beliau dan rombongannya telah makan tengahari digerai KRT Jalan Batai depan perkarangan sekolah Agama Taman Sri Pulai.





April 6, 2015

MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA KETUA WHIP MPJBAT

Pada pagi Sabtu 4 April 2015 lalu selepas solat subuh telah diadakan satu majlis ramah mesra bersama Ahli Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah. Tuan Haji Samad Atan selaku Ketua Whip dan Tn Hj farid telah sudi datang dalam majlis tersebut.

Kuliahn subuh pada pagi tersebut disampaikan Prof Madya Dr Arief Salleh bin Rusman daripada Pusat Fiqh Fatwa Sains dan Teknologi UTM. Di akhir majlis, Prof Madya Dr Arief Salleh dan Tn Hj samad Atan telah sudi menyampaikan sumbangan kepada fakir miskin.

March 23, 2015

KUNJUNGAN HORMAT PEGAWAI DAERAH KULAI JAYA KE MIAB

Tuan Haji Abdul Alim bin Hj Abd Shukor telah mengunjungi MIAB pada 20 Mac 2015. Tujuan lawatannya adalah untuk bersembahyang Jumaat di MIAB dan beramah mesra dengan AJK MIAB. Turut sama hadir ialah Pentadbir Tanah Kulaijaya, En..., Kadi Daerah Kulaijaya Al-Sheikh Fahmi A Samad, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Kulai, En..., Jurutera Daerah Kulaijaya, Hj...., Penghulu Kanan Daerah Kulaijaya, Hj Zaihan dan beberapa orang ketua kampung termasuklah En Abas Ketua Kampung Rangkaian Ulu Choh





January 13, 2015

MISI BANTUAN PASCA BANJIR DI KELANTAN

Pengerusi MIAB Dr Karim Deraman telah mewakili MIAB bagi menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di Kelantan. Pada 10 Januari, beliau telah melawat kawasan banjir sekitar Kg Laut, Tumpat dan sempat mengagihkan sumbangan kewangan kepada tiga keluarga mangsa.

Pada 11 Januari 2014. Beliau telah menyampaikan sumbangan 180 helai baju sekolah dan sumbangan wang tunai kepada para pelajar (dan mangsa banjir) di Kg Kusial Baharu dan Tanah Merah. Tiga buah rumah mangsa banjir juga telah dilawati.

Pada 12 Januari pula, beliau telah menyampaikan sumbangan wang tunai kepada Ust Dr Abdul Basit Pondok Sungai Durian utuk baik pulih bangunan pondok dan kepada sdr Nazman Che Ibrahim, bekas pelajar UTM yang menguruskan pusat pengumpulan sumbangan daripada orang ramai untuk di agih-agihkan kepada mangsa sekitar bandar Kuala Krai dan Manek Urai.









  

January 3, 2015

KULIAH SUBUH SEPANJANG DISEMBER 2014

Beberapa orang assatizah telah menyampaikan kuliah subuh sepanjang Disember 2104 yang lalu. Mereka ialah:

1.