March 31, 2012

MESYUARAT ALK PENUBUHAN KOPERASI MIAB BERSAMA PEGAWAI SKM

Satu mesyuarat Ahli Lembaga Koperasi Masjid Intan Abu Bakar Johor Bahru Berhad bersama pegawai Suhruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) En Sahid bin Amun telah diadakan di Dewan Serbaguna MIAB pada 28 Mac 2012 yang lalu. Koperasi MAIB Berhad telah dihadiri Dr Karim Deraman, Hj Nordin Mahbob, Hj Kamarzaman Salikon, En Norain Mastuki, Hj Ahmad Kasman, En Mohamad Arif Yahya, En Jaafar Rosmin dan En Wan Shaari Wan Alias.

Perbincangan adalah berrskisar kepada undang-undang kecil Koperasi MIAB. Selain beberapa cadangan kepada undang-undang kecil, En Sahid juga ada menerangkan beberapa insentif yang disediakan SKM untuk memulakan perjalanan koperasi. Pihak kpeasi perlu membuat kertas kerja memohon bantuan SKM RM30k dan boleh memohon sumbangan kewangan tanpa cagaran RM50k. En Sahid meminta supaya ALK mengadakan perbincangan dengan Pengarah SKM Johor, En Zahari Dahari untuk mengetahui peluang-peluang yang disediakan untuk membantu koperasi




March 30, 2012

MESYUARAT ALK KOPERASI PENUBUHAN BERSAMA PEGAWAI SKM

Satu mesyuareat berasama En Sahid Amun, Pegawai Suruhanjaya Koperasi Masjid Intan Abu Bakar Johor Bahru Berhad telah diadakan pada 28 Mac 2012 yang lalu bertempat di Dewan Serbaguna MIAB. Koperasi MIAB telah diwakili Dr Karim Deraman, Hj Nordin Mahbob, Hj Kamarzaman Salikon, En Noraim Mastuki En Mohamed Arif Yahya, En Jaafar Rusmin dan En Wan Ahaari Wan Alias.

Perbincanga tertumpu kepada undang-undang kecil dan peluang-peluang yang boleh dibantu pihak SKM.


March 24, 2012

BERAS UNTUK FIDYAH

Alhamdulillah, pihak MIAB ada menerima sejumlah 43 kampit beras fidyah setiap satunya 5 kg untuk diagih-agihkan kepada fakir miskin sekitar Kariah MIAB. Sejumlah 30 kampit beras telah diagihkan kepada penduduk Taman Sri Pulai dan selebihnya akan disumbangkan kepada mereka yang layak sekitarnya.


Sebahagian beras yang masih tinggal...

March 19, 2012

IMAM MUDA ASYRAF BERCERAMAH DI MIAB

Ceramah Maulidul Siri 2 pada malam 18 Mac 2012 telah diberikan oleh Imam Muda Muhammad Arsyraf bin Mohd Ridzuan bertajuk Melentur buluh..... Banyak kisah-kisah tentang remaja seperti  Sa'alabah bin Abdu Rahman, 'runner' Rasulullah yang amat takut dengan dosa, Saidina Ali bin Talib, yang menjadi galang ganti tempat tidur nabi sewaktu bemula penghijrahan Nabi dan Abu Bakar, Al-Arqam bin Abi Al-Arqam berusia 16 tahun yang menjadi pilihan Nabi rumahnya tempat berkumpul/usrah ketika awal perkembangan Islam, Anas bin Malik  dan lain-lain. Kesemua mereka menjadi belia yang memperjuangkan perkembangan agama Allah...

Ceramah yang memakan masa hampir dua jam bermula jam 9.10 malam hingga 11.00 malam tersebut telah memukau semua golongan, terutamanya kanak-kanak. Tiada mereka yang angkat punggung meninggalkan masjid....

Selepas ceramah, ramai yang sempat bergambar dengan IM Asyraf untuk kenang-kenangan masing-masing.












 


 

March 11, 2012

Musabaqah Al-Quran dan Hafazan Negeri Johor

Majlis Perujian dan Musabaqah termasuk Hafazan Peringkat Negeri telah berlamngsung selama tiga malam bermula 6 Mac dan berakhir 8 Mac lalu bertempat di Dewan Raya Bandar Putra Kulai. Musabaqah alquran melibatkan dua kategori qari dan qariah dewasa manakala hazafazan pula melibatkan enam katogori; 1-10 juz, 1-20 juz dan 1-30 juz (untuk lelaki dan wanita).

Kemuncak kepada program tersebut ialah majlis pengumuman pemenang semua pertandingan dan majlis penutupan oleh YAB Dato' Abdul Ghani bin Othman Menteri Besar Johor pada malam 8 Mac lalu. Dr Karim, En Naam, Hj Ahmad Imbar, En Masek dan Imam I Hj Ahmad Kasman telah ikut serta dalam majlis tersebut.



 Johan Qari memperdengarkan bacaan




March 9, 2012

Ceramah maulidul Rasul 1433H/2012M

Ceramah maulidul Rasul di MIAB telah berjalan dengan sempurna pada malam 3 Mac lalu dengan menampilkan Ustaz Mohd Nazri bin Chik, Ketua Bahagian Syariah Bank Islam Kuala Lumpur.

Sebelum ceramah, selepas maghrib, ahli jemaah telah dijamu makan malam.





 


March 5, 2012

KELAS PENGAJIAN WANITA

Majlis pengajian untuk kaum wanita telah bermula pada hari sabtu jam 10.00 pagi 3 Mac 2012 yang lalu. Pembimbing kepada majlis tersebut ialah Ustazah Dr Bushrah binti Basiron, Pensyarah Kanan di Fakulti Tamadun Islam UTM Skudai. Untuk itu, Ustazah Dr Bushrah yang juga Penolong Pengarah di Masjid Sultan Ismail UTM telah menggunakan kitab Mastika Hadis Jilid I sebagai teks utama untuk perbincangan.

Alhamdulillah majlis tersebut mendapat sambutan daripada kaum wanita Taman Sri Pulai dan taman-taman sekitarnya. InsyaAllah, pihak kami akan jadikan kelas tersebut sebagai mingguan dan akan mendapatkan ustazah atau ustaz sebagai pengganti jika ustazah Dr Bushrah berhalangan.

Di akhir majlis, banyak persoalan telah ditimbulkan.

Pihak kami amat mengalu-alukan apa saja persoalan untuk ditanyakan kepada ustazah. Baik persoalan tentang wanita, keluarga mahupun kemasyarakatan dan bernegara . Moga-moga dengan jawapan yang diberikan akan dapat merungkai dan mengeluarkan kita daripada kegelapan jahiliah kepada cahaya iman. Amin....




 

March 1, 2012

KUMPULAN KOMPANG MIAB

Pihak MIAB melalui Biro Rakan Muda Masjid ada menyediakan perkhidmatan kompang untuk majlis kenduri-kendara. Tuan/puan yang berhajat, sila hubungi segera En Sabri bin Ahmad ditalian 012-7122844 untuk sebarang tempahan.

Tempahan dibuat berdasarkan siapa cepat dia yang diutamakan......

 Kumpulan Kompang MIAB dengan pakaian koperatnya..

Perakan masuk pengantin ke Dewan Raya Taman Sri Pulai....