November 22, 2011

MAJLIS TAHNIK DAN AQIQAH

Ruhaizat Sam telah mengadakan majlis aqiqah dan majlis tahnik untuk cucunya yang tinggal di Jalan Pakis 7 pada malam Ahad 13 November 2011 lalu. Majlis yang seumpamanya akan diikuti dengan cucu Dr Norela Kamarudin (Jalan Meranti)  pada 27 November dan cucu noja MIAB (Musa Ahmad) pada 3 Disember 2011.

Bagi pihak MIAB, kami mengalu-alukan majlis tersebut. Marilah kita sama-sama lakukan demi untuk kebaikan anak cucu kita. Kami juga sedia membantu tuan/puan untuk mengadakan amalan sunnah tersebut jika kedapatan mereka yang berhajat, bermula dengan mendapatkan kambing sehinggalah masak-masak.








November 15, 2011

MIAB beri sumbangan untuk anak yatim di Kemboja

Pengerusi Biro Rakan Muda Masjid Intan Abu Bakar (MIAB) Sabri Ahmad telah menyampaikan sumbangan wang tunai sebanyak RM1,000 kepada empat keluarga anak yatim di rumah terapung di Tasik Tonle Sap di Kampung Chhnang, Kemboja sempena hari raya Qurban 1432 Hijrah. Sumbangan berkenaan adalah hasil kutipan yang didermakan oleh orang ramai untuk tabung anak-anak yatim MIAB.

Keluarga yang menerima bantuan ialah Nyor, 40 tahun yang terpaksa menyara tiga anak, dua lelaki dan seorang perempuan yang masih kecil selepas kematian suami. Beliau yang tinggal di rumah rakit yang sangat daif berhampiran masjid terapung menerima sumbangan sebanyak USD100. Masjid berkenaan turut menerima sumbangan sejadah dan surah Yasin dari MIAB yang disampaikan melalui pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Keluarga kedua, Norzani, 40 tahun yang mempunyai empat orang anak juga menerima sumbangan wang tunai sebanyak USD100. Norzani adalah seorang balu yang mengalami nasib yang sama seperti Rim tinggal di rumah rakit yang serba uzur, berdindingkan nipah dan plastik serta berlantaikan buluh/papan yang hampir reput.

Keluarga ketiga Rim, 55 tahun menerima sumbangan sebanyak USD50 menyara seorang anak yang masih bersekolah. Seorang anaknya telah bekerja dan seorang lagi telah berkahwin.

Keluarga keempat, Halimah, 49 tahun menerima sumbangan wang tunai USD60 tinggal bersama empat orang anak yang berumur antara 10 dan 26 tahun. Seorang anaknya telah meninggal dunia.








 

 

  



November 14, 2011

Penukaran Bumbung

Gambar-gambar penukaran bumbung Ruang Solat Utama di bawah diambil pada hari Ahad 13 November 2011

 







November 6, 2011

Qurban 1432 H

Alhamdulillah, ibadah qurban pada tahun ini telah berlangsung dengan jayanya selepas solat hari raua aidil adhha 6 November 2011 lalu. Sebagaimana tahun lepas, lapan ekor lembu dan seekor kambing telah dikorban. Senarai peserta yang telah mengambil bahagian sepertimana dinyatakan dalam jadual berikut:

     Lembu 1                                        Lembu 2                            Lembu 3
Hj Kamarudin Hamat                                 Mahfar Hj Sulaiman                       Adam Cheah Abdullah               
AJK MIAB:                                                AJK MIAB:                                     AJK MIAB:
Hj Md Salleh (K)/Hj Md Hisham             Shahrim (K)/Hj Ahmad Imbar       Hj Md Said (K)/Saruan

     Lembu 4                                       Lembu 5                            Lembu 6
4.1 Dr Karim Deraman                              5.1 Abd Hamid Ismail                       6.1 Hjh Ngaesah Mukdari
4.2 Sabariah Mohd Amin                        5.2 Nor Razmah Rahmat                   6.2 Sazali Ngadiman
4.3 Rosnani Yusof                                    5.3 Khalijah Hasran                          6.3 Ismail Jailani
4.4 Hjh Rabeah Hashim                           5.4 Mohd Salleh Abdul                    6.4 Siti Latifah Mohd Kusin
4.5 Kasmawati Kamarudin                      5.5 Pasiah Yusuf                                6.5 Salmah Harun
4.6 Kasmawati Kamarudin                      5.6 Zainorazlin Md Nor                     6.6 Hjh Zaiton Hashim
4.7 Norizzan Ab Rahman                        5.7 Asrizan Lif                                     6.7 Aminah Yusup
AJK MIAB:                                             AJK MIAB:                                         AJK MIAB:
Masek (K)/Hj Mohd Tahir                    Hj Yusof (K)/Hj Kamaruzaman         Naam (K)/Saruan

     Lembu 7                                     Lembu 8                                      Kambing
7.1 Prof Dr Ab Sarman Abd Kader         8.1 Mohamad Ediwan Ahmad                Ahmad Kamal Othman
7.2 Dr Wan Nurulhuda Wan Samsuri    8.2 Mohamad Eziwan Ahmad                 AJK MIAB:
7.3 Hj Wan Samsuri Abidin                     8.3 Abdul Halim Azmi Mohd Bajuri      Dr Karim (K)/Masek
7.4 Hjh fatimah/Zainon Abd Rahman    8.4 Zaidin Ibrahim
7.5 Zaini Mahbob                                     8.5 Dr Sharifah Asiah Mohd Amin
7.6 Mohd Ali Siraj                                    8.6 Nasharudin Mohd Ali
7.7 Azizah Md Ali                                    8.7 Kamaliah Ahmad
AJK MIAB:                                               AJK MIAB:
Masek (K)/Hj Mohd Tahir                      Hj Ahmad Kasman (K)/saruan

 




 




















November 5, 2011

SUMBANGAN KE KEMBOJA MENDAPAT LIPUTAN SINAR HARIAN DAN UTUSAN MALAYSIA

Alhamdulillah, berita sumbangan MIAB ke Kemboja telah mendapat liputan akhbar harian. Sinar Harian  Jumaat 28 Oktober pada halaman 17 dan Utusan Malaysia 2 November 2011 halaman 30 telah menyiarkan berita berkenaan.

Utusan Malaysia 2 November 2011 Halaman 30

Moga-moga dengan tersiarnya berita tentang sumbangan yang berupa sejadah, naskah al-quran dan beratus surah yasin tersebut akan menjadi ikutan kepada masjid-masjid diseluruh negara agar menyumbang kepunyaan sejadah/quran dan apa saja yang ada dalam simpanan mereka. Tidaklah sejadah/quran yang dihadiahkan orang ramai tersimpan dan tidak dipakai itu dibiarkan begitu saja tanpa dimanfaatkan, terutamanya masjid-masjid yang telah ada karpet dan tidak perlu lagi guna sejadah...

InsyaAllah pihak kami boleh memanjangkan sumbangan tersebut....