January 10, 2011

Lawatan Pasukan Pemantau dan Penilaian Masjid Cemerlang

Assalamualaikum kepada semua pembaca.....

Selasa 9 November 2010 jam 2.00 petang

Hari ini merupakan hari bersejarah bagi ahli kariah dan AJK Masjid Intan Abu Bakar apabila masjid kita yang menjadi tempat ibadah kepada kita bersama telah dipilih oleh Pejabat Agama daerah Kulaijaya untuk mewakili daerah tersebut ke pertandingan Masjid Cemerlang Negeri Johor bagi tahun 2010. Satu pasukan panel penilai yang diketuai Ustaz Mohd Nor Kadri telah hadir untuk tujuan tersebut.

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat diambil oleh lensa kamera kami.

UCAPAN LAPORAN PENGERUSI MASJID OLEH DR KARIM DERAMAN
PENILAIAN UNIT PENERBITAN

TUAN QADI KULAIJAYA SEDANG MEMBINCANGKAN SESUATU...
PENILAIAN PENGERUSI MASJID
PENILAIAN BIRO KECERIAN DAN KEBERSIHAN
PENILAIAN HAL EHWAL WANITA

2 comments:

  1. salam....
    tahniah dengan blogspot ini. Saya ingin maklumkan bahawa beberapa cadangan telah diberikan di dalam Peti Cadangan tetapi mengapa masih tidak mengambil tindakan?
    Jika tidak mampu memimpin, serahkan sahaja kepada yang lebih layak...

    Jazakallah

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah dalam perhatian dan tindakan pihak kami, cumanya alangkah baiknya tuan pun ambil tindakan sama mana yang boleh... Perkara yang saudara nampak jangan dibiarkan. Cakap dan bagi tahu dengan baik, sbb saudara yang nampak.... Sebenarnya banyak lagi pembaharuan yang ingin saya lakukan kepada MIAB... Marilah kita sama-sama terlibat untuk memikir dan melaksanakan aktiviti masjid demi untuk kebaikan bersama. Harap jumpa saya secara personal untuk tujuan tersebut....

    ReplyDelete