February 11, 2011

Penubuhan Kumpulan Kompang

Alhamdulillah MIAB telah menubuhkan kumpulan kompangnya pada Jumaat 11 Februari 2011 di bawah kelolaan Biro Rakan Muda Masjid. Buat permulaannya latihan mengenainya bagi melatih kanak-kanak sekitar Taman Sri Pulai akan dikendalikan oleh sdr Azam yang tinggal di Jalan Batai 13 dan akan berlangsung  selama 2 jam selepas saja solat isyak berjemaah sehinggalah sekitar jam 11 malam. Seramai dua puluh orang kanak-kanak lelaki telah mengambil bahagian.

Sempena pelancarannya, Pemangku Pengerusi MIAB Dr Karim Deraman telah memberikan sedikit ucapan ringkas. Bagi pihak masjid, beliau telah mengalu-alukan dan amat menggalakkan penglibatan anak-anak remaja dalam kupulan kompang ini. InsyaAllah beliau akan cuba menyediakan bantuan dari segi minum ringan dan sekali sekala akan cuba mengadakan jamuan yang bersesuaian kepada para peserta semua. Selain daripada itu beliau juga mengalu-alukan kedatangan anak-anak ke dalam aktiviti yang akan diadakan dari semasa ke semasa. Beliau akan mengadakan guru pembimbing untuk anak supaya berjaya dalam pelajaran akademik mereka. Para pelajar boleh menggunakan ruang belakang masjid (lengkap sistem Wi-Fi ) untuk tujuan mengulang kaji pelajaran mereka. Ruang permainan seperti street soccer dan meja pimpong juga akan disediakan.

No comments:

Post a Comment