December 28, 2011

Taklimat AJK Masjid/Surau Daerah Kulaijaya

Pengerusi MIAB Dr Karim Deraman, Setiausaha Naam Parlan, Penolong Setiausaha Hj Kamarzaman Salikun bersama 2 orang Ahli Jawatan Kuasa Hj Ahmad Imbar dan Hj Mohd Tahir telah mengadiri Taklimat AJK Masjid dan Surau Kariah Daerah Kulaijaya bertempat di Masjid Lapangan Terbang Sultan Ismail, Senai pada 28 Disember 2011. Seramai 50 orang AJK masjid dan surau Daerah Kulaijaya telah berkesempatan masa mengambil bahagian.

 

 

Majlis yang bermula jam 8.30 pagi hingga solat zohor tersebut telah membincangkan dua kertas kerja. Kertsa kerja pertama berkaitan Tatacara Permohonan Kebenaran Pungutan Derma Masjid/Surau oleh Ustaz Hj Mohd Noh bin Kadri, Kadi Daerah Johor Bahru manakala kertas kerja kedua pula bertajuk Senarai Tugas dan Tanggungjawab Serta Panduan Aktiviti Biro-Biro Jawatankuasa Masjid dan Surau oleh Al-Sheikh Hj Fahmi A Samad, Kadi Daerah Kulaijaya.





Diakhir taklimat, para peserta telah dipecahkan kepada dua kumpulan untuk membuat rumusan ke atas kertas kerja yang dibincangkan dengan Kumpulan A merumuskan kertas kerja pertama dan Kumpulan B  kertas kerja kedua. Dr Karim Deraman, Hj Ahmad Imbar dan Hj Mohd Tahir diletakkan dalam Kumpulan A manakala En Naam Parlan dan Hj Kamarzaman Salikun pula diletakkan dalam Kumpulan B.

Bertemu rakan lama, Hj Shaari bin Chin Bilal Masjid Lapangan Terbang Senai



No comments:

Post a Comment