November 5, 2012

KULIAH SUBUH USTAZ RASHIDY JAMIL

Ustaz Rashidy Jamil daripada Jabatan kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Kuala Lumpur telah sempat mengadakan kuliah subuh di MIAB pada hari Ahad 4 November 2012. Sebelum itu beliau telah sempat mengadakan ceramah maghrib di Masjid Tan Sri Ainuddin Wahid Taman Universiti dan forum perdana di Masjid al-Jawahir Mutiara Rini. Selepas MIAB, beliau akan mengadakan kuliah Dhuha di Surau al-Salam Taman Pulai Indah.

Dalam kuliah subuhnya beliau menjelaskan tentang sejarah khurafat seperti mana dijelaskan dalam kitab Syamail Turmizi berdasarkan hadis nabi SAW. Khurafat ni adalah seorang lelaki bangsa Yaman. Satu ketika Khurafaat diculik sekumpulan jin (sebelum zaman nabi lagi). Bila dilepaskan, Khurafat menceritakan amalan, aktiviti dan kelakuan jin.

Beliau menceritakan zaman jahiliah belaku khurafat dalam sistem nasab. Ada empat cara:
1. Belanja kahwin yang terlalu tinggi. Masa kini pun berlaku juga ibu bapa yang menyusahkan bakal menantunya dengan meletakkan belanja kahwin 3, 4 puluh ribu. Ini menyusahkan maka belakulah perkara tidak baik apabila bakal menantunya buat pinjaman tu, pinjaman ni

2. Seorang suami beri izin isterinya tidur dengan mana-mana lelaki dan kemudian dia kembali menggauli isterinya. Bila mengandung dia bin kan dengannya (suami).

3. 10 orang lelaki dan ke bawah meniduri wanita dan bila mengandung dan melahirkan anak, perempuan itu boleh pilih sapa yang dia nak binkan anaknya.

4. 10 orang lelaki da ke atas, membayar kepada wanita2 tertentu dan bila dapat anak, perempuan tu boleh pilih sapa yang nak bin kan kepada mana-2 lelaki yang dia kehendaki

Juga berlaku khurafat dengan sistem hidup mereka. Adanya riba dan kezaliman kepada mereka. Dengan itu untuk mengatasi perkara ini, maka Nabi SAW dilahirkan...



No comments:

Post a Comment