February 14, 2012

MESYUARAT AGONG PERMULAAN KOPERASI MIAB

Mesyuarat agong berkenaan telah diadakan pada Ahad 12 Februari 2012 jam 9.00 malam di Dewan Sekolah Agama Taman Sri Pulai. Seramai 60 orang ahli kariah Masjid Intan Abu Bakar (MIAB) Taman Sri Pulai telah menghadiri mesyuarat tersebut. Tn Hj Hasan bin Mohamad Penyelaras Masjid/Surau Daerah Kulaijaya, Tn Hj Shaari bin Chin Penggerak Masjid/Surau DUN Senai dan En Sahid bin Ammun Pegawai  Pembangunan Koperasi Johor Bahru juga turut hadir.

Dalam ucapan aluannya, Dr Karim bin Deraman selaku Pengerusi MIAB telah menjelaskan tujuan mesyuarat agong diadakan adalah untuk untuk menubuhkan Koperasi MIAB. Beliau berharap dengan adanya Koperasi, sumber dana dan kewanganMIAB dapat dilaksanakan oleh koperasi dan dengan yang demikian AJK MIAB pula dapat memberi perhatian kepada aktiviti-aktiviti untuk mempertingkatkan kualiti iman ahli kariah.

Sementara itu, En Sahid bin Ammun pula menerangkan serba sedikit tentang koperasi. Menurutnya, konsep koperasi mestilah sentiasa diikuti dan dopatuhi selaras dengan Akta Koperasi 1993. Beliau menegaskan bahawa mereka yang memasuki koperasi hendaklah masuk dengan ikhlas. Elakkan masuk koperasi hendak mendapatkan keuntungan semata-mata. Penyertaan dalam koperasi adalah dengan sukarela dan tiada unsur paksaan.
 
 

 

 

 

 

 

 

No comments:

Post a Comment