June 28, 2012

GOTONG ROYONG PERDANA TAHUN 2012

Sebagaimana biasa, sebelum menyambut Ramadhan, pihak MIAB telah mengadakan gotong royong perdana pada pagi 24 Jun 2012. Program berkenaan telah mendapat kerjasama beberapa pihak. Majlis yang bermula jam 8.30 pagi hingga 12 tengahari itu telah melibatkan kerja2 membersih kipas/cermin ruang solat utama, membersih dan menyisihkan quran/yasin yang telah usang/rosak/terkoyak, membersih longkang, membaik pulih/welding gril besi penutup longkang, membersih/menyisih alatan lama ruang pejabat imam dan dewan serbaguna, dan juga mengecat dewan serba guna masjid.

Sekitar 50 orang petugas daripada pelbagai agensi seperti KRT Jalan Batai, ABM, Pejabat Kesihatan Daerah Kulaijaya, Squad Anti Denggi Sekolah Menengah Kebangsan Damai Jaya, SWM dan ahli kariah masjid telah mengambil bahagian.

Tenaga bantuan daripada ABM

Skuad Anti-Denggi daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Selesa Jaya


Sarapan pagi


Ucapan aluan oleh En Sabri Ahmad Pengerusi KRT Jalan Batai 
merangkap AJK Masjid



Membersih cermin

Memilih al-quran dan surah yasin yang rosak untuk
dihantar ke Pejabat Agama Kuliajaya untuk dilupuskan

Mengecat bangunan pejabat masjid


Memasak makan tengahari

Jamuan makan tengahari


En Sabri bersama En Ragunathan, Penolong Pegawai Kesihatan Kulaijaya

No comments:

Post a Comment