August 16, 2012

MAJLIS BERBUKA PUASA PERDANA, KHATAM QURAN DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN FAKIR/MISKIN

Pada 12 Ogos 2012 bersamaan 22 Ramadhan lalu, MIAB telan melaksanakan tiga program serentak iaitu, Majlis Berbuka Puasa Perdana, Khatam Quran dan Penyampaian Sumbangan Duit Raya kepada Fakir/Miskin.

Majlis berkenaan bermula dengan berbuka puasa bersama dengan penduduk sekitar Taman Sri Pulai. Sebanyak tiga ekor kambing telah didermakan untuknya dan dianggarkan sekitar 300 orang ahli kariah bersama keluarga telah mengambil bahagian.

Setelah melaksanakan solat sunat tarawih 8 rakaat dan witir, majlis khatam quran pula dijalankan. Alhamdulillah, pada ramadhan ini, seramai 49 orang ahli kariah pelbagai katogeri yang terdiri daripada 7 kumpulan tadarus, iaitu 3 dewasa lelaki, 2 perempuan dewasa dan 2 remaja lelaki telah melaksanakan program tadarus di MIAB.

Majlis pada malam tersebut diakhiri dengan penyampaian sumbangan hadiah kepada peserta tadarus quran
dan sumbangan duit raya/beras kepada 30 orang fakir/miskin.

Suasana majlis berbuka puasa perdana
 



 

 

 


MAJLIS KHATAM QURAN 1433H





 


Sumbangan kepada ketua kumpulan tadarus 2012










No comments:

Post a Comment