May 25, 2013

KULIAH USTAZ BADLISHAH ALAUDIN DI MIAB

Alhamdulillah, Ustaz Badlishah Alaudin telah menyampaikan kuliah subuh di MIAB pada pagi Jumaat cuti hari wesak 24 Mei 2013 yang lalu. Beliau yang selalu muncul di TV3 dan TV9 merupakan Penolong Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang telah membincang tentang mati.

Katanya, keluarga kita, harta kita dan amal bakti kita akan mengikuti kita ke kubur. Keluarga dan harta akan ikut balik ke rumah dan yang tinggal menemani kita hanyalah amalan yang kita lakukan semasa hidup di dunia. Dalam satu sabda, Nabi Muhammad Sallallahu AlaihimusSalam bertanyakan siapakah orang yang cerdek? Jawab Baginda Sallallahu AlaihimusSalam, orang yang cerdek ialah orang yang sentiasa mengingati MATI dan yang lebih cerdek ialah orang membuat PERSIAPAN UNTUK MATI.

Dalam hadis yang diriwayatkan Imam Ahmad, Nabi Sallallahu AlaihimusSalam mengatakan bahawa SOLAT yang kita lakukan akan menemani kita dekat kepala, ZAKAT menemani kita disebelah rusuk kanan, PUASA  di sebelah rusuk kiri manakala amalan sunat seperti menolong orang dan sebagainya menemani kita di kaki. Maka beruntunglah orang yang sentiasa membuat persiapan tersebut.




No comments:

Post a Comment