July 5, 2012

GOTONG ROYONG CUCI KARPET

Pada malam 3 dan 4 Julai 2012, sejumlah 8 orang ahli jemaah yang diketuai Hj Kasim Marjono dan Hj Shaari Yaakob telah mengadakan gotong royong mencuci dan membersih keseluruhan karpet masjid. Mereka telah menggunakan dua buah penyedut vakum yang dilengkapi wap air panas. Aktiviti selama dua malam berturut-turut bermula jam 9.30 malam dan berakhir sekitar jam 12.00 malam itu telah dilaksanakan secara percuma.




Bagi pihak masjid, saya mengucapkan berbanyak terima kasih di atas sumbangan tenaga, masa dan kepakaran yang telah diberikan. Moga-moga usaha murni kalian berikan saban tahun itu akan menjadi contoh kepada masyarakat dan didoakan mendapat ganjaran sewajarnya daripada Allah. Amin...

No comments:

Post a Comment