July 11, 2012

KUNJUNGAN PEWAKAF MASJID

Saban tahun, rombongan Hj Mohamad, ahli keluarga dan rakan-rakannya datang mengunjungi MIAB sebelum ramadhan. Kali ini keluarga kepada pewakaf MIAB daripada Singapura itu telah bertandang dikala subuh 8 Julai lalu dan sempat berbincang dengan pengerusi MIAB mengenai perjalanan dan keadaan semasa MIAB.

Diantara yang sedang berjalan ialah semaraknya MIAB dengan kuliah-kuliah ilmu, wujudnya sebuah koperasi MIAB dan pelbagai aktiviti yang kita semua sedia maklum. Tentang perancangan akan datang, terutamanya untuk membangunkan sebuah masjid tiga tingkat di atas tapak sedia ada, Hj Mohamad  menyokong hasrat tersebut dan tiada keberatan untuk membenarkan masjid yang diwakafkan digantikan dengan masjid baru.

Di akhir pertemuan ringkas itu, mereka telah menyumbang sejumlah wang kepada MIAB untuk perbelanjaan ramadhan yang bakal menjelang nanti. Bagi pihak MIAB, saya mengucapkan berbanyak terima kasih atas sumbangan berkala yang telah diberikan.

 Hj Mohamad, tiga daripada kanan

No comments:

Post a Comment