November 4, 2012

KEPULANGAN KE RAHMATULLAH BILAL 2 MIAB

Dengan rasa sedih dan hibanya, pihak MIAB telah kehilangan Bilal 2 atas kepulangan ke Rahmatullah Hj Mohd Saleh bin Hj Hashim pada subuh pagi Sabtu 3 November 2012 yang lalu di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru. Beliau telah mengalami kemalangan semasa hendak pulang ke rumah dan telah dimasukkan ke unit kawalan rapi (ICU) hospital berkenaan.


Perkhidmatan terakhir Allahyarham Program Qurban 1433H 
beberapa hari sebelum beliau kemalangan

Pemergian beliau buat selamanya amat dirasai kerana beliau merupakan seorang rakan dan individu yang sangat tinggi komitmennya dalam membantu setiap aktiviti MIAB. Semua pihak baik rakan AJK/Pegawai masjid mahu pun anak remaja masjid amat merasai kehilangannya kerana sikap yang mesra dan gerak laku menyenangkan yang ada pada beliau.

Bagi pihak MIAB saya menyeru supaya sesiapa sahaja yang mengenalinya supaya MEMAAFLAH KESALAHANNYA, HALALKAN MAKAN DAN MINUMYA, HALALKAN/HAPUSKANLAH HUTANG-HUTANGNYA (jika beliau berhutang meskipun sebanyak mana hutangnya) dan APA SAJA YANG BERKAITAN DENGAN BELIAU.

Sama-sama kita berdoa MOGA-MOGA ALLAH AMPUNKAN KESALAHANNYA, MENERIMANYA SEGALA AMALAN BAIKNYA dan seterusnya MENEMPATKAN BELIAU BERSAMA ORANG-ORANG DIRIDHAINYA...

Marilah kita sama-sama sedekahkan bacaan AL-FATIHAH kepadanya....

No comments:

Post a Comment